Standard Base Rate (SBR)

Financing-i 

Standard Base Rate (SBR)

KADAR ASAS STANDARD (KAS)

1. Apakah itu Kadar Asas Standard (KAS)?

  • KAS ialah kadar rujukan yang akan digunakan oleh semua bank mulai 1 Ogos 2022 untuk menentukan kadar keuntungan untuk pembiayaan runcit baharu, pembiayaan semula pembiayaan runcit sedia ada, dan pembaharuan pembiayaan runcit pusingan.
  • KAS hanya dihubungkan kepada Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia. Oleh itu, KAS hanya akan berubah apabila berlaku perubahan pada OPR.

2. Apakah yang akan berlaku kepada pembiayaan pelanggan yang berasaskan Kadar Asas (KA) dan Kadar Asas Pembiayaan (KAP) mulai 1 Ogos 2022?

  • Bagi pembiayaan berasaskan KA dan KAP yang diambil sebelum 1 Ogos 2022, kadar keuntungannya akan terus berdasarkan pada KA dan KAP sehingga pembiayaan selesai dibayar sepenuhnya.
  • KA dan KAP, sama seperti KAS, akan bergerak selari dengan OPR mulai 1 Ogos 2022.

3. Apakah rujukan KAS sejak lima tahun kebelakang (Januari 2015 hingga Ogos 2022)?


Tarikh Berkuat Kuasa201520162018201920202022
JanJanJulNovJanFebMeiJanMacMeiJulMeiJulOgos
KADAR ASAS STANDARD (KA/SBR)3.25%3.25%3.00%3.00%3.25%3.25%3.00%2.75%2.50%2.00%1.75%2.00%2.25%2.25%
KADAR ASAS (KA/BR)3.87%3.95%3.95%3.85%3.85%4.10%3.85%3.60%3.35%2.85%2.60%2.85%3.10%3.10%
KADAR ASAS PEMBIAYAAN (KAP/BFR)6.85%6.93%6.93%6.83%6.83%7.08%6.83%6.58%6.33%5.83%5.58%5.83%6.08%6.08%

Nota: Kadar Asas Standard (KAS) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022 bagi menentukan kadar keuntungan untuk pembiayaan runcit baharu, pembiayaan semula pembiayaan runcit sedia ada, dan pembaharuan pembiayaan runcit pusingan

For any enquiries, please visit the nearest branch or call our Contact Centre tele-Rakyat at 1-300-80-5454.

*Terms and conditions apply.

Banking is better with our app

It's simple, secure and convenient

More about our app
TOP