Rakan Koop

Program Koperasi dan Keusahawanan

Rakan KOOP

Bank Rakyat telah memperkenalkan program Rakan Koop yang meliputi pelbagai perkhidmatan serta bantuan bagi membantu koperasi kecil dan sederhana meningkatkan daya saing menerusi peningkatan tahap kecekapan pengurusan dan penambahan aktiviti perniagaan. Antara bantuan yang ditawarkan termasuk khidmat nasihat, bimbingan dan kepakaran pelaksanaan Sistem Pembiayaan secara Syariah, bantuan menjayakan program-program anjuran koperasi, bantuan pembiayaan untuk pengembangan perniagaan.

Di antara manfaat yang ditawarkan oleh program tersebut adalah:

  • Bantuan khidmat bimbingan dan nasihat percuma;
  • Bantuan pembiayaan;
  • Berkongsi pengalaman dan kepakaran khususnya dalam pelaksanaan Sistem Perniagaan menurut Syariah;
  • Latihan amali di cawangan Bank Rakyat (jika ciri-ciri aktiviti koperasi dan Bank Rakyat mempunyai persamaan);
  • Peningkatan daya saing di kalangan usahawan koperasi;
  • Sinergi perniagaan melalui program pemadanan perniagaan; dan
  • Hubungan dua hala yang erat dengan Bank Rakyat.

Banking is better with our app

It's simple, secure and convenient

More about our app
TOP