CO-OP Card Merchant

CO-OP & Entrepreneur Programme 

Rakan Dagang Kad CO-OP

Rakan Dagang Kad CO-OP

Program Rakan Dagang Kad CO-OP memberi peluang kepada koperasi memasarkan perniagaan, produk dan perkhidmatan dengan mudah. Ia terbuka kepada koperasi-koperasi yang bersetuju menawarkan diskaun kepada pemegang Kad CO-OP.

Keistimewaan

  • Dijemput mengambil bahagian dalam program anjuran Bank Rakyat.
  • Jenama, maklumat produk dan perkhidmatan yang ditawarkan akan dipromosikan menerusi laman web, Facebook, risalah dan lain-lain aktiviti promosi anjuran Bank Rakyat.
  • Tiada caj penyertaan.
  • Produk ahli dipaparkan dalam ruangan kabinet promosi (showcase cabinet) di setiap cawangan Bank Rakyat.

Permohonan menjadi Merchant

Sebagai institusi koperasi yang bertanggungjawab, Bank Rakyat senantiasa melaksanakan pelbagai program bagi menggalakkan kegiatan ekonomi serta pembangunan usahawan terutama membabitkan badan koperasi di negara ini.

Menerusi program yang dikhaskan untuk badan koperasi, Bank Rakyat melantik koperasi yang berdaya maju untuk menjadi Merchant Panel Rakan Dagang Bank. Koperasi yang dipilih akan mendapat pendedahan kepada pasaran menerusi jaringan perniagaan, pemasaran dan kegiatan anjuran Bank. Merchant pula akan menawarkan potongan harga dan tawaran menarik kepada pemegang kad CO-OP untuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Kebaikan menjadi Merchant

  • Dijemput menyertai acara jualan/road show anjuran Bank Rakyat.
  • Pengiktirafan percuma menerusi aktiviti pemasaran dan bahan promosi.
  • Jenama, logo dan maklumat koperasi dalam bahan promosi.
  • Tiada caj penyertaan menjadi Merchant Panel Rakan Dagang.
  • Peluang memasarkan produk/perkhidmatan kepada anggota koperasi termasuk anggota Bank Rakyat.

Syarat-syarat menjadi Merchant:

  • Koperasi mestilah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • Produk/Perkhidmatan yang ditawarkan adalah Halal.
  • Menawarkan diskaun menarik kepada pemegang kad CO-OP.

Banking is better with our app

It's simple, secure and convenient

More about our app
TOP