KUALA LUMPUR: Nextgreen Global Bhd (NGGB) berjaya mendapat kemudahan pembiayaan modal kerja-i (WCF-i) bernilai RM50 juta daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, NGGB berkata WCF-i di bawah prinsip Tawarruq Syariah itu akan dimanfaatkan untuk membiayai keperluan modal kerja am yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan kumpulan.
"Tempoh bagi setiap pengeluaran adalah 12 bulan (secara pusingan) dengan tempoh keseluruhan kemudahan sehingga lima tahun dari tarikh disediakan atau pengeluaran pertama, tertakluk kepada budi bicara bank serta hak menyemak dan menilai semula kemudahan itu," menurut NGGB.
Kemudahan pembiayaan itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas terbitan atau modal berbayar syarikat atau pegangan saham oleh pemegang saham utama.
Menurut NGGB, ini juga dijangka tidak memberi sebarang impak segera ke atas aset bersih dan pendapatan sesaham syarikat berkenaan.
Source : Berita Harian Online, 3 April 2026
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-