Bank Rakyat perlu teroka peluang baharu, perkukuh peranan - PM Anwar


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) perlu meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran di laman sosial X, beliau berkata Bank Rakyat juga perlu menggalas mandat penubuhannya dengan lebih berani dan berwawasan.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff bagi meneliti prestasi kewangan 2025 serta hala tuju institusi itu bagi tahun mendatang.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap prestasi tadbir urus dan kedudukan kewangan Bank Rakyat yang kekal kukuh pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan disiplin serta komitmen tinggi dalam mengurus amanah.

"Pada masa sama, perbincangan turut tertumpu kepada usaha memantapkan sistem perbankan dan kewangan Islam.

"Saya menegaskan bahawa prinsip keadilan, ihsan dan keterangkuman mesti terus menjadi teras dalam memperluas peranan kewangan Islam, selari dengan aspirasi MADANI," kata beliau.

Source : Berita Harian Online, 15 April 2026

Banking is better with our app

It's simple, secure and convenient

More about our app
TOP