Bank Rakyat perkukuh sistem susulan insiden siber


Kuala Lumpur: Bank Rakyat memperkukuh keselamatan sistem dan daya tahan operasinya susulan penalti yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan insiden keselamatan siber pada 2024.

Dalam kenyataan semalam, Bank Rakyat mengesahkan isu berkenaan sudah ditangani sepenuhnya dengan pelaksanaan langkah pemulihan yang sewajarnya bagi memastikan operasi kekal stabil dan selamat.

Menurutnya, penambahbaikan berterusan kini dilaksanakan merangkumi peningkatan infrastruktur teknologi, kawalan keselamatan siber serta proses operasi bagi memperkukuh ketahanan sistem.

"Usaha ini termasuk meningkatkan keupayaan pemantauan, pengesanan ancaman serta pengawasan tadbir urus selaras dengan jangkaan kawal selia dan amalan industri," kata Bank Rakyat.

Source : MyMetro, 2 April 2026

Banking is better with our app

It's simple, secure and convenient

More about our app
TOP