Penafian

Walaupun Bank Rakyat telah mengambil setiap langkah yang wajar untuk memastikan kesahan, ketepatan dan kesempurnaan laman web ini, semua atau mana-mana bahan dan maklumat (termasuk bahan dan maklumat yang disediakan oleh pihak ketiga) yang terkandung dalam laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau butiran lain adalah disediakan secara "seadanya" dan "yang tersedia" tanpa sebarang jaminan berkanun, tersurat atau tersirat dan/atau representasi dalam apa jua bentuk. Bank Rakyat secara khusus menafikan sebarang jaminan kebolehdagangan atau kelayakan untuk tujuan tertentu, jaminan hakmilik, ketidakpelanggaran hak harta intelektual, ketepatan, kesempurnaan dan kesinambungan bahan dan maklumat di dalamnya dan dengan jelas menafikan liabiliti untuk kesilapan dan/atau ketinggalan dalam apa-apa bahan dan/atau maklumat. Bank Rakyat secara khususnya menafikan sebarang waranti kebolehdagangan atau kelayakan untuk maksud tertentu, waranti hakmilik, pelanggaran hak harta intelektual, ketepatan, kesempurnaan dan kekinian bahan dan maklumat di dalamnya dan dengan jelas menafikan liabiliti untuk sebarang ralat dan/atau ketinggalan dalam apa-apa bahan dan/atau maklumat.

Selanjutnya, Bank Rakyat tidak menjamin bahawa bahan dan/atau maklumat yang terkandung di dalamnya akan disediakan secara berterusan atau tanpa gangguan atau bebas ralat atau apa-apa kesilapan, sama ada yang dikesan oleh Bank Rakyat atau tidak, akan diperbetulkan. Bank Rakyat juga tidak menjamin bahawa bahan dan/atau maklumat tersebut adalah tanpa sebarang kelewatan, kegagalan, ralat atau kehilangan maklumat yang dihantar dan bahawa tiada apa-apa jenis virus atau variasi atau apa-apa perkara pemusnah yang lain akan terhantar atau bahawa tiada kerosakan akan berlaku kepada komputer anda atau komputer yang anda gunakan untuk mengakses laman web ini.

Sekiranya anda memilih untuk bergantung kepada semua atau mana-mana bahan dan/atau maklumat dalam laman web ini, anda berbuat demikian atas pertimbangan anda sendiri dan sebarang risiko yang ditanggung olehnya akan ditanggung sepenuhnya oleh anda. Bank Rakyat, pengarah, pegawai, pekerja atau ejennya tidak boleh dipertimbangkan sebagai memberikan nasihat berkenaan dengan mana-mana atau semua bahan dan/atau maklumat dalam laman web ini dan seterusnya Bank Rakyat, pengarah, pegawai, pekerja atau ejennya tidak mempunyai sebarang bertanggungjawab atau liabiliti kepada anda berkenaan dengan mana-mana atau semua bahan dan/atau maklumat yang terkandung dalam laman web ini.