Dasar Keselamatan

Panduan Keselamatan Perbankan Dalam Talian i-Rakyat

Bank Rakyat komited dalam memastikan keselamatan kemudahan perbankan internet i-Rakyat. Kami senantiasa meningkatkan pelaburan dalam tenaga kerja, kepakaran teknikal, perisian, perkakasan selain memperkenalkan proses dan prosedur terkini bagi meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian kami.

Kami juga melaksanakan prosedur yang ketat bagi memastikan keselamatan semua transaksi. Kumpulan pakar teknikal kami senantiasa memantau kehadiran sebarang ancaman dan mengambil langkah perlu bagi mengelak sebarang penipuan atau aktiviti jenayah. Selain langkah keselamatan yang diperkenalkan Bank, anda juga berperanan penting bagi memastikan keselamatan transaksi dalam talian dan maklumat perbankan tidak dikompromi. Kesedaran dan pengetahuan adalah rakan terbaik anda bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan internet.

Apa yang boleh anda lakukan?

  1. Kata laluan/PIN adalah kunci kepada maklumat akaun anda.. Nama pengenalan (ID) dan kata laluan/PIN membolehkan anda mengakses akaun anda. Penggunaan kata laluan yang kukuh dan unik memastikan transaksi dalam talian yang lebih selamat. Anda harus memastikan hanya ANDA mengetahui kata laluan/PIN dan HANYA anda mempunyai akses kepada akaun anda. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat membantu melindungi kata laluan anda.
    • Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan termasuk dengan pihak yang mendakwa sebagai kakitangan Bank Rakyat. Kakitangan Bank Rakyat tidak akan meminta kata laluan perbankan internet anda.
    • Tukar kata laluan selalu (dicadangkan setiap 3 bulan).
    • Mencipta kata laluan yang kukuh dan unik supaya sukar diteka. Jangan sekali-kali menggunakan maklumat peribadi seperti nama, tarikh lahir, nama anak-anak dan sebagainya sebagai kata laluan.
    • Gunakan kombinasi huruf, angka dan simbol. Kata laluan yang menggabungkan huruf besar dan kecil, angka dan simbol lebih sukar diteka.
    • Gunakan kata laluan berbeza untuk laman internet berbeza.
    • Jangan sekali-kali menulis kata laluan anda di mana-mana termasuk di dalam komputer dan telefon mudah alih.
    • Sentiasa berwaspada apabila menerima emel/panggilan/SMS yang meminta anda melakukan transaksi perbankan yang menggunakan kata laluan/PIN..
    • Hubungi Bank Rakyat secepat mungkin jika keselamatan kata laluan anda sudah dikompromi..
  2. Melindungi komputer anda. Terdapat banyak ancaman di internet seperti virus, malwares dan perisian intip (spywares). Contohnya, malwares dan perisian intip (spywares) dilengkapkan di dalam komputer tanpa pengetahuan anda. Perisian ini akan merekod maklumat peribadi dan menghantarnya kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan anda. Bagaimanapun, terdapat kaedah untuk anda menghalang ancaman ini..
    • Pastikan komputer anda dilengkapkan dengan perisian antivirus dan antiintip. Anda juga perlu mengemaskinikan perisian antivirus and antiintip dengan definisi virus terbaru. Ini akan memastikan komputer anda tidak terdedah kepada ancaman virus, malware dan perisian intip terbaru.
    • Aktifkan fungsi Firewall dalam komputer anda. Firewall adalah perisian yang dapat menghalang penghantaran dan penerimaan data tidak sah dari komputer anda. Jika dilengkap dan diaktifkan dengan betul, fungsi Firewall akan melindungi komputer dan data di dalam komputer anda daripada pencerobohan semasa dihubungkan ke internet. Ia juga memastikan data yang dihantar sampai ke lokasi sebenar.
    • Jangan lupa mengemaskinikan sistem operasi dan pelayar web. Langkah mengemaskinikan dengan fungsi/pembetulan untuk sistem operasi dan pelayar web akan menutup semua ruang bagi pencerobohan ke atas komputer anda. Anda boleh mengemaskinikan sistem operasi dengan menggunakan fungsi Automated Update untuk Windows atau melawat lama web pengeluar perisian anda.
    • Elakkan daripada menggunakan komputer awam untuk transaksi perbankan internet i-Rakyat kerana komputer berkenaan mungkin tidak dilengkapkan dengan perisian keselamatan terbaru.
    • Jangan tinggalkan komputer anda tanpa selian ketika melaksanakan sebarang transaksi internet.
    • Keluar atau log off selepas selesai setiap transaksi perbankan dalam talian. Ikut arahan menamatkan transaksi dan tidak hanya menutup pelayar web.
    • LAktifkan fungsi screensaver/pelindungan kata laluan. Ini sangat berkesan bagi menghalang pihak ketiga daripada menggunakan komputer anda ketika anda tidak berada di meja.
  3. Laman web i-Rakyat adalah laman web selamat. Anda akan mengetahui jika sesuatu laman web itu dilindungi berdasarkan alamat URLnya yang ditulis "https:// " dan bukan "http:// ". Anda akan lihat perbezaan huruf "s" untuk semua laman web yang selamat. Anda juga akan melihat wujudnya ikon mangga (padlock) pada bahagian URL. Tapak web selamat bermakna data dilindungi enkripsi ketika penghantaran.
  4. Apa yang boleh anda lakukan bagi memastikan keselamatan ketika melaksanakan transaksi perbankan internet dengan Bank Rakyat? Jangan sekali-kali menghebahkan maklumat peribadi anda seperti akaun bank, kata laluan, nama pengguna, dan PIN sama ada menerusi e-mel, telefon atau SMS kepada mana-mana pihak. Bank Rakyat tidak akan meminta maklumat berkenaan menerusi e-mel, telefon atau SMS. Periksa penyata akaun anda dan laporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada Bank Rakyat pada kadar segera.

Apakah yang dimaksudkan sebagai 'phishing'?
Phishing adalah cubaan bagi mendapatkan maklumat rahsia peribadi sama ada melalui e-mel, telefon atau SMS secara tidak sah. Tujuan utama pihak tidak bertanggungjawab ini adalah untuk menipu anda dan mendapatkan maklumat peribadi seperti nama pengguna, kata laluan dan akaun bank. Maklumat ini digunakan secara tidak sah bagi mengakses akaun anda, mengeluarkan atau membuat penghantaran wang ke akaun lain atau menggunakan maklumat peribadi anda kegiatan penipuan.

Bagaimana 'phishing' dilakukan?
TCara paling meluas yang digunakan adalah menerusi e-mel. E-mel ini akan mendakwa dihantar oleh Bank Rakyat, institusi kewangan lain atau pihak berkuasa. Kerap, e-mel ini akan mengandungi arahan supaya anda mengklik kepada satu capaian yang akan membawa anda ke laman web palsu.
Laman web palsu yang kelihatan sama seperti laman web perbankan Bank Rakyat i-Rakyat, akan merekodkan semua maklumat peribadi anda ketika cuba diakses. Ketika ini, phishing menerusi panggilan telefon dan mesej SMS semakin meluas digunakan penjenayah.

Bagaimana anda dapat mengelak daripada menjadi mangsa 'phishing'?

  1. Jangan mengakses laman web i-Rakyat menerusi capaian yang disediakan dalam sebarang e-mel yang dihantar kepada anda atau e-mel yang dihantar pihak tidak dikenali.
  2. Jangan melayan dan/atau membalas sebarang e-mel, panggilan telefon atau SMS yang meminta maklumat perbankan anda termasuk pihak yang mendakwa mewakili Bank Rakyat atau pihak berkuasa.
  3. Taip alamat URL https://www.irakyat.com.my setiap kali anda mahu melakukan perbankan internet.
  4. Pastikan terdapat ikon mangga (padlock) pada bahagian URL atau sebelah kanan pelayar web bagi memastikan laman yang dimasuki dilindungi.

Bank Rakyat ingin menegaskan bahawa Bank ini tidak akan sekali-kali meminta maklumat peribadi, maklumat akaun, kata laluan, PIN atau sebarang maklumat peribadi melalui e-mel, telefon atau SMS. Anda diminta jangan melayan sebarang permintaan di atas daripada pihak yang mendakwa mewakili Bank Rakyat.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan, atau merasakan diri anda menjadi mangsa 'phished', hubungi Pusat Talian tele-RAKYAT di 1-300-88-12265 (tempatan) atau 603-2117 9000 (luar negara) atau email kepada kami secepat mungkin. Waktu operasi kami adalah Isnin-Jumaat: 7.30am - 9.30pm, Ahad: 8.30am-5.30pm. Kami ditutup pada hari Sabtu dan cuti umum.

Laporan anda akan membantu kami mengenalpasti laman web 'phishing' yang menyasarkan pelanggan kami. Kami juga senantiasa mengemaskini senarai laman web palsu untuk pengetahuan pelanggan kami.

Kad Kredit

Amaran Penipuan Kad Kredit!
Bank Rakyat mendapat maklumat terdapat sekumpulan individu tidak bertanggungjawab yang membuat panggilan dan mendakwa mewakili Bank Rakyat, Bank Negara Malaysia atau pihak tertentu dan meminta pelanggan kami untuk melakukan beberapa transaksi berkaitan kad kredit.
Semua pelanggan diingatkan supaya tidak melayan atau menjawab semua panggilan ini atau memberikan sebarang maklumat peribadi, perbankan atau kad kredit kepada penjenayah berkenaan. Semua pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi Pusat Kad Kredit Bank Rakyat di talian 03-2693 6880 atau 03-2692 4600 jika menerima panggilan telefon berkenaan.

Penggunaan kad kredit memberikan kelebihan, kemudahan dan kepantasan bagi anda membuat pembayaran tanpa tunai. Anda juga tidak perlu membawa wang yang banyak ketika melancong. Kad kredit juga menyediakan keselesaan ketika anda dalam kecemasan. Ia membolehkan pengguna melaksanakan pembelian secara dalam talian dengan mudah dan selamat. Penggunaan meluas kad kredit bagaimanapun membuka peluang kepada penjenayah untuk memperdayakan pengguna. Anda boleh berperanan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan kad kredit.

  1. Pastikan anda menandatangani di belakang Kad Kredit-iBank Rakyat anda sebaik saja anda menerima kad masing-masing.
  2. Pastikan kad anda dalam penglihatan anda ketika membuat pembelian dan jurujual terbabit memulangkan kad, resit dan draf jualan kepada anda.
  3. Lakarkan garisan di ruangan kosong antara kos barangan dan jumlah keseluruhan yang dibayar atau membulatkan jumlah pembelian akhir pada draf jualan ketika ditandatangani.
  4. Simpan semua draf jualan dan periksa setiap perbelanjaan yang disenaraikan dalam penyata akaun kad setiap bulan. Laporkan dengan segera kepada Bank Rakyat sebarang keraguan atau kesalahan.
  5. Jika kad anda dicuri, hilang atau rosak, hubungi segera Pusat Kad Kredit Bank Rakyat di talian 03-26924600/03-26936880. Anda perlu membuat pengesahan bertulis dan laporan polis berhubung kad yang dicuri atau hilang.
  6. Tulis dan rekodkan ombor kad kredit dan nombor talian Pusat Kad Kredit Bank Rakyat Card jika berlaku sebarang kecemasan, kecurian atau kehilangan kad. Simpan maklumat ini di tempat yang selamat.
  7. Pastikan anda menerima penyata kad kredit setiap bulan. Jika anda tidak menerima penyata kad kredit, hubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami di talian 03-26936880.
  8. Pastikan anda membuat pembayaran sebelum tarikh tamat agi mengelakkan masalah ketika menggunakan kad anda..
  9. Jauhi kad anda daripada kepanasan atau cahaya matahari Jalur magnetik tidak boleh dicalarkan, diletakkan bersama kad lain atau berhampiran sebarang alatan yang mengeluarkan gelombang magnetik seperti televisyen atau radio.

Mesej Penting

  1. Kad Kredit-i Bank Rakyat tidak boleh dipindah milik. Jangan pinjamkan kad kredit-i anda kepada sesiapa termasuk rakan atau ahli keluarga.
  2. Jangan mendedahkan maklumat akaun kat kredit anda menerusi telefon kecuali anda sudah mengesahkan kesahihan syarikat atau pihak yang berurusan dengan anda.
  3. Jangan menulis atau menyimpan nombor PIN anda di dalam beg duit. Hafal nombor berkenaan dan musnahkan pemberitahuan PIN secepat mungkin.
  4. Jangan tinggalkan kad kredit-i anda tanpa jagaan. Kad kredit-i anda bernilai seperti wang tunai. Jadi pastikan kad kredit-i anda berada dalam pengawasan anda setiap masa.
  5. Berbelanja dengan berhemah.
  6. Periksa perbelanjaan anda berbanding apa yang disenaraikan dalam penyata kad kredit. Transaksi palsu mungkin tidak disenaraikan pada masa terdekat.
  7. Tutup sebarang akaun kad kredit-i yang sudah dikompromi secepat mungkin.
  8. Maklumkan kepada Bank Rakyat sebarang transaksi meragukan yang membabitkan akaun anda.

Mengukuhkan pelayar web anda.

Adalah menjadi tabiat yang baik untuk anda membersihkan cache pelayar web dengan kerap atau setiap kali selepas membuat transaksi perbankan internet. Secara ringkas Cache adalah tempat simpanan maklumat sementara yang merekodkan maklumat laman web yang dilawati pengguna. Langkah membersihkan cache akan meningkatkan keselamatan perbankan internet anda.
Ini adalah cara-cara untuk anda membersihkan cache pelayar web.

Internet Explorer 7

  1. Lancarkan Internet Explorer
  2. Klik pada "Tools"
  3. Pilih "Internet Options"
  4. Pilih "Temporary Internet Files" dan klik "Delete Files"
  5. Kemudian diikuti dengan "OK"
  6. Klik OK sekali lagi menuntup kotak dialog Internet Options

 

Mozilla Firefox

  1. Lancarkan pelayar web Firefox
  2. Klik pada "Tool"
  3. Pilih "Options"
  4. Klip pada "Privacy"
  5. Kemudian pilih Clear your recent history dan tandakan semua selain Site Preferences
  6. Klik "Clear Now"
  7. Klik "OK" sekali lagi bagi menutup kotak dialog Options

 

Google Chrome

  1. Lancarkan Google Chrome
  2. Klik pada tab di sebelah URL dan menu "drop-down" akan dipaparkan
  3. Pilih "Settings" daripada Menu itu dan pelayar Chrome baru akan dilancarkan
  4. Pilih "Privacy" dan klik "Clear Browsing Data..."
  5. Tandakan pada tabs dikehendaki(empat tab pertama sudah ditandakan). Anda juga boleh menandakan semua tab yang disenaraikan
  6. Kemudian klian "Clear Browsing Data"
  7. Tutup Chrome tab