Services

Customer Facilities / Rakyat Care Bank Rakyat - FAQ

Soalan Lazim – Bagaimana boleh saya menjadi Rakyat CARE Bank Rakyat?

1.  Apakah syarat-syarat layak Rakyat CARE Bank Rakyat?

  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Mempunyai premis perniagaan yang tetap.
  • Mempunyai perniagaan yang maju dan telah menjalankan perniagaan selama 2 tahun.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah tidak bertentangan dengan shariah.
  • Kawasan premis perniagaan mestilah menerima liputan talian yang luas.
  • Rakyat berdekatan atau 5km dari Rakyat CARE yang lain.
  • Mempunyai waktu beroperasi minimum 5 hari seminggu dan 5 jam sehari.
  • Mempunyai rekod kewangan yang baik.
  • Tidak muflis (bankrupt).

 

2.  Apakah tatacara permohonan Rakyat CARE?

  • Pemohon boleh memohon untuk menjadi ejen dengan:
    • Mengunjungi cawangan terdekat Bank Rakyat:
      Sila isi dan serahkan Borang Permohonan Rakyat CARE bersama dokumen-dokumen berkaitan
      ATAU
    • Menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat:
      Berikan maklumat ejen kepada Pegawai Pusat Panggilan Bank Rakyat.
  • Pihak Bank memproses permohonan Rakyat CARE.
  • Pihak Bank meghubungi ejen yang berjaya.

 

3.  Apakah dokumen - dokumen yang perlu disediakan pemohon?

  • Salinan MyKAD pemohon.
  • Salinan Lesen Perniagaan.
  • Profile Koperasi/Syarikat (sekiranya ada).
  • Laporan Kewangan terkini dan;
  • Dokumen tambahan:
  • Sekiranya Perkongsian
  • Surat Kebenaran Rakyat Kongsi
  • Sekiranya Koperasi
  • Undang-undang Kecil (Koperasi)
  • Sekiranya Syarikat Sdn. Bhd.
  • Borang 24 (salinan diakui sah)
  • Borang 49 (salinan diakui sah)
  • Memorandum & Artikel (salinan diakui sah)
The published rates, fees and charges are effective from 1st April 2019 following the implementation of 6% SST from 1st September 2018. Terms & conditions apply.

For any enquiries, please visit the nearest branch or call our Contact Centre tele-Rakyat at 1-300-80-5454.

*Terms and conditions apply.