Personal Banking

Wealth Management / Takaful myHome Content
  1. Pelan pakej mudah yang menawarkan perlindungan isi rumah.
  2. Melindungi isi rumah daripada peril seperti kebakaran, kilat, letupan domestik, pesawat udara, tangki/paip air pecah,  kecurian, hurikan, siklon, ribut taufan, gempa bumi, banjir dan rompakan.
  3. Tambahan perlindungan untuk rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan khianat, tanah mendap dan tanah runtuh.
  4. Ditaja jamin oleh Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.
Kadar bayaran bagi setiap pakej Takaful myHome Content:

Manfaat 1 2 3 4 5 6
Jumlah perlindungan isi kandungan RM30,000 RM50,000 RM75,000 RM100,000 RM150,000 RM200,000

Pelan (RM) 1 2 3 4 5 6
Pelan 1 Sumbangan tahunan* RM141.62 RM238.23 RM345.49 RM455.47 RM651.30 RM847.14
Pelan 2 Sumbangan tahunan dengan tanah mendap dan gelinciran tanah RM177.37 RM282.16 RM409.89 RM541.33 RM780.09 RM1,018.86
Pelan 3 Sumbangan tahunan dengan rusuhan, mogok dan niat jahat (RMSD) RM144.80 RM244.53 RM353.44 RM466.07 RM667.20 RM868.34
Pelan 4 Sumbangan tahunan dengan kedua-dua peril RM180.55 RM287.46 RM417.84 RM551.93 RM795.99 RM1,040.06

*Sumbangan yang dinyatakan dalam jadual di atas adalah termasuk cukai perkhidmatan dan duti setem.
Produk ini melindungi:
 
  1. Kerugian atau kerosakan isi rumah akibat kebakaran, petir dan letupan gas untuk tujuan kegunaan domestik.
  2. Kerugian atau kerosakan isi rumah akibat pesawat udara, kenderaan jalan raya atau haiwan, tangki/paip air yang pecah atau melimpah, kecurian melalui pencerobohan secara paksaan dan ganas, ribut, gempa bumi dan banjir.
  3. Kerosakan pada cermin.
  4. Harta benda pembantu rumah.
  5. Liabiliti kepada pihak ketiga atas kemalangan di rumah.
  6. Pampasan akibat kecederaan teruk yang berlaku dengan keganasan oleh pencuri atau kebakaran.
  7. Kehilangan sewa tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan kandungan.
  8. Perlindungan tambahan:

a) Kerosakan makanan di dalam peti sejuk.
b) Kos untuk menggantikan mangga/kunci.
c) Kos untuk menggantikan kehilangan dokuman undang-undang/guaman.
d) Kos perkhidmatan pembersihan/dobi.
e) Kerugian atau kerosakan pada penapis air di luar bangunan (di dalam kawasan) selain akibat kebakaran atau kilat.

 
Pelanggan boleh meluaskan perlindungan ini kepada risiko berikut dengan membayar sumbangan tambahan:
  1. Tanah mendap dan gelinciran tanah - 0.081% x jumlah dilindungi/pelan dipilih.
  2.  Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat perbuatan niat jahat (RSMD) - 0.010% x jumlah dilindungi/pelan dipilih.
 
*Sila rujuk lampiran product disclosure sheet (PDS) untuk maklumat terperinci.
  1. Di bawah sijil ini, pemilik rumah atau penyewa ialah peserta (pemegang sijil).
  2. “Kandungan” bermaksud barangan isi rumah dan barangan peribadi kepunyaan peserta atau mana-mana ahli keluarga yang tinggal bersama peserta di rumah kediaman persendirian yang sama.
  3. Peserta berumur 18 tahun dan ke atas
The published rates, fees and charges are effective from 1st April 2019 following the implementation of 6% SST from 1st September 2018. Terms & conditions apply.

For any enquiries, please visit the nearest branch or call our Contact Centre tele-Rakyat at 1-300-80-5454.
*Terms and conditions apply.