Tujuan
Menawarkan pembiayaan kepada pengusaha dan peniaga kecil yang menawarkan mikro enterpris dalam bentuk :
- Modal pusingan – membiayai pembelian/pembayaran perkhidmatan atau stok yang berkaitan langsung dengan produk/perkhidmatan yang dijalankan.
- Perbelanjaan kapital – membiayai pembelian aset tetap.
Ciri-Ciri Produk
- Jumlah Pembiayaan maksimum sehingga RM50,000.
- Tempoh Pembiayaan minimum 3 bulan dan maksimum 5 tahun.
- Margin Pembiayaan maksimum 90% dari modal pusingan dan/atau perbelanjaan kapital.
- Penjamin tidak diperlukan kecuali untuk Syarikat Sdn. Bhd.
- Kadar Keuntungan ialah 5% setahun atas kadar rata ( flat rate ).
- Tiada bayaran proses.
- Cagaran tidak diperlukan.
- Bayaran Duti Setem perlu dibayar oleh pelanggan akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. Bagi pelanggan Syarikat Sdn Bhd, urusan stamping akan diuruskan oleh pihak peguam.
- Pembiayaan bertindih tidak dibenarkan.
Syarat-Syarat Kelayakan Pemohon
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan tidak melebihi 65 tahun semasa tamat Pembiayaan.
- Terbuka kepada pengusaha atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara langsung dan sepenuh masa.
- Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
- Jenis pemilikan perniagaan yang dibenarkan adalah :
- Pemilik Tunggal
- Persendirian
- Syarikat Sdn Bhd
- Perkongsian
- Sektor yang layak memohon adalah seperti berikut :
- Perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan.
- Perkhidmatan (kecuali perkhidmatan insurans dan kewangan).
- Pertanian (Produk Asas Tani).
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah tidak bertentangan dengan syariah.
- Telah menjalankan perniagaan lebih dari 6 bulan dan menetap di dalam kawasan perniagaan.
- Telah mendapat sokongan SME Corp untuk memohon pembiayaan di Bank Rakyat.
- Mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat.
- Mempunyai rekod kredit yang bersih dan tidak disenaraihitamkan.
Kadar Keuntungan
5 % Kadar Rata Setahun
Fi dan Caj
Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu | |
---|---|
Transaksi | Caj |
Caj Ganti Rugi (Ta'widh): |
Ketika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak. Selepas tamat tempoh pembiayaan Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak |
Duti Setem |
RM5.00 setiap RM1,000 seperti yang termaktub di Akta Setem (Semakan 1989) (tertakluk pada perubahan yang dikenakan oleh Kerajaan) |
Takaful / Insuran | Berdasarkan umur, tempoh dan jumlah pembiayaan. |
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat