Produk Perniagaan

Program Koperasi dan Keusahawanan / Seminar Sistem Kredit Islam
Sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, Bank Rakyat mempunyai keupayaan,pengetahuan dan kepakaran teknikal dalam membantu koperasi menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang mematuhi kehendak Islam dan meluaskan aktiviti perniagaan berkaitan kewangan Islam untuk kebaikan anggota masing-masing.

Objektif

Menyediakan khidmat bimbingan dan latihan bagi membantu dan menyokong koperasi-koperasi kredit meluaskan aktiviti perniagaan dan melaksanakan sistem pembiayaan Islam seperti diamalkan oleh bank. Program ini terbuka kepada semua koperasi-koperasi kredit.

Keistimewaan & Manfaat

  • Memberi penerangan mengenai konsep, pelaksanaan dan pengurusan sistem pembiayaan yang menepati konsep syariah.
  • Menyediakan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh koperasi termasuk melalui program-program yang diwujudkan oleh bank untuk menjana pendapatan koperasi.
  • Meningkatkan keyakinan dan menggalakkan lebih banyak koperasi berdaftar dan koperasi yang menjadi anggota Bank Rakyat untuk melaksanakan sistem perniagaan menepati peraturan syariah seperti diamalkan oleh Bank.
  • Berkongsi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh Bank selain memimpin koperasi untuk meningkatkan dan memperkemaskan operasi koperasi secara keseluruhan.

Masa

  • Seminar diadakan selama 1 hari

Penceramah

  • Penceramah terdiri daripada Pengurus-pengurus Jabatan seperti :
    • Penolong Naib Presiden, Penyelidikan & Perundingan Syariah Bank Rakyat
    • Penolong Naib Presiden, Pengawasan Syariah
    • Penolong Naib Presiden, Pembiayaan Mikro Bank Rakyat
    • Penolong Naib Presiden, Akaun Semasa-e Bank Rakyat
    • Penolong Naib Presiden, Penasihat Perniagaan Bank Rakyat

Syarat-syarat

  • Koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Koperasi yang menjalankan aktiviti kredit

Fi & Caj

Tiada caj yang dikenakan