Produk Perniagaan

Program Koperasi dan Keusahawanan / Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi
Membantu usahawan kategori mikro serta kecil / sederhana yang merupakan anggota koperasi dari segi menyediakan khidmat bimbingan dan latihan kepada usahawan untuk memperluaskan aktiviti perniagaan mereka dengan kerjasama agensi kerajaan & swasta yang berkaitan.

Manfaat kepada koperasi/usahawan

  1. Memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara-cara untuk meningkatkan mutu dan kualiti dari segi pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan produk mereka.
  2. Memberi pendedahan kepada usahawan dalam memahami konsep & proses perolehan pensijilan halal dari pihak berkuasa dari segi dokumentasi, kelengkapan mesin & alatan dan prasarana tempat penyediaan produk.
  3. Menerapkan amalan penjagaan kebersihan di kalangan usahawan kerana ia menjadi ukuran kualiti bagi setiap produk yang dibeli oleh pengguna.
  4. Meningkatkan kebolehan usahawan merangka strategi pemasaran dengan berkesan bagi membolehkan mereka meneroka dan bersaing di pasaran terbuka.

Kelayakan

  1. Terbuka kepada koperasi & usahawan
  2. Kategori perniagaan dalam industri makanan, pertanian & penternakan.