Produk Perniagaan

Program Koperasi dan Keusahawanan / Ruang Kabinet Produk Keusahawanan Koperasi
Penyediaan kabinet produk ini adalah antara khidmat sosial dan penglibatan secara langsung Bank Rakyat dalam membantu koperasi dan usahawan untuk mendapat akses pasaran yang lebih luas di cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

Objektif

  • Membantu mempromosikan produk koperasi/usahawan secara percuma.
  • Mewujudkan kesedaran pengguna mengenai produk keluaran koperasi/usahawan yang berkualiti serta bernilai komersial di pasaran.

Manfaat Kepada Koperasi/Usahawan

  • Koperasi/usahawan dapat mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas untuk tempoh yang panjang.
  • Berpeluang membabitkan diri secara langsung dalam aktiviti pemasaran dalam program-program anjuran Bank.
  • Koperasi/usahawan dapat membuktikan produk keluaran mereka berkualiti tinggi dan mempunyai nilai komersial setanding produk lain di pasaran.

Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada koperasi & usahawan.
  • Pembungkusan ‘packaging' yang menarik dan memenuhi syarat di pasaran