Produk Perniagaan

Program Koperasi dan Keusahawanan / Program Mentor Mentee

Dalam usaha meningkatkan keupayaan koperasi, Bank Rakyat telah mewujudkan Program Mentor Mentee. Program ini bertujuan memberi khidmat rundingan, latihan dan bimbingan kepada koperasi bagi meningkatkan kecekapan pengurusan operasi dan perniagaan koperasi.

Menerusi program ini, Bank Rakyat yang bertindak sebagai mentor, akan berkongsi pengalaman dan kepakarannya dengan mentee terutama dalam aspek pelaksanaan sistem pengurusan koperasi yang berkesan seperti yang diamalkan di Bank Rakyat.

Bank Rakyat turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan untuk pelaksanaan sistem pembiayaan secara Syariah kepada koperasi-koperasi kredit.

Fi dan Caj

Tiada caj yang dikenakan

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454

*Tertakluk kepada terma dan syarat