Produk Perniagaan

Perusahaan Kecil Sederhana / Skim Jaminan Usahawan Mara

MEGS adalah kerjasama antara MARA dan Bank Rakyat untuk menawarkan kemudahan pembiayaan untuk perniagaan yang berdaya maju, yang mana MARA akan menyediakan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pembiayaan yang diberikan oleh Bank Rakyat kepada Syarikat PKS. Perniagaan yang berdaya maju bermakna perniagaan yang berupaya menjana aliran tunai daripada operasi untuk membayar obligasi kewangan.

Objektif

Objektif MEGS adalah untuk membantu Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mempunyai perniagaan yang berdaya maju tetapi kekurangan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan.

Kelayakan

  • Terbuka kepada 100% Bumiputera Pemilikan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad yang telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun dengan keuntungan yang dihasilkan dalam tahun semasa
  • Minimum angkajualantahunan RM500,000
  • Pemohon diklasifikasikan sebagai PKS seperti yang ditakrifkan oleh Bank Negara Malaysia seperti berikut:
Kategori Sektor
Mikro Kecil Sederhana
Pembuatan Nilai jualan Tahunan kurang daripada RM300,000

ATAU

Pekerja sepenuh masa kurang daripada 5
Jumlah jualan daripada RM300,000 hingga RM 15 juta

ATAU

Pekerja sepenuh masa seramai 5 hingga 75
Jumlah jualan daripada RM15 juta hingga RM50 juta

ATAU

Pekerja sepenuh masa lebih daripada 75
Perkhidmatan & Sektor Lain (Pertanian Asas, Pembinaan dan Perlombongan & Kuari) Jumlah jualan daripada RM300,000 hingga RM3 juta

ATAU

Pekerja sepenuh masa seramai 5 hingga 30
Jumlah jualan daripada RM3 juta hingga RM20 juta

ATAU

Pekerja sepenuh masa antara 30 hingga 75
  • Pemohon menjalankan aktiviti perniagaan yang patuh Syariah

Konsep Pembiayaan

Tawarruq

Jumlah Pembiayaan yang Layak

Jenis Entiti Perniagaan Pemohon Amaun Maksimum Pembiayaan
Pemilikan Tunggal RM 200,000 hingga RM 500,00
Perkongsian RM200,000 hingga RM 500,000
Syarikat Swasta Berhad Menurut Rakan Kongsi RM200,000 hingga RM2,000,000

Tujuan dan Tempoh Maksimum

Tujuan Kemudahan Pembiayaan Tempoh Maksimum
Modal Kerja Sehingga lima tahun
Pembiayaan kontrak Sehingga tujuh tahun berdasarkan terma dan syarat kontrak
Jaminan Bank Sehingga tujuh tahun berdasarkan terma dan syarat kontrak
Pembelian mesin dan peralatan Sehingga 10 tahun

*Tempoh jaminan bergantung kepada kelulusan pihak MARA

Yuran Jaminan

Yuran jaminan hendaklah dikira pada kadar 1% setahun daripada jumlah jaminan MARA.

Dokumen Asas Yang Diperlukan

  • Surat permohonan dengan menyatakan jenis, tujuan dan jumlah pembiayaan yang diperlukan
  • Salinan Profil Syarikat (termasuk latar belakang syarikat) profil lengkap Lembaga Pengarah & Kumpulan Pengurusan
  • Borang Pendaftaran Syarikat * (iaitu: M & A, Borang 9, 24, 32A, 44 & 49 yang mana berkenaan)
  • Laporan Kewangan yang telah diaudit selama dua tahun berturut-turut (yang terbaru tidak lebih daripada 18 bulan)*
  • Laporan Kewangan yang telah diaudit selama dua tahun berturut-turut (yang terbaru tidak lebih daripada 18 bulan)*
  • Penyata Akaun Semasa selama enam bulan berturut-turut
  • Maklumat Sokongan untuk penjamin
  • Senarai penghutang dan pemiutang (tidak lebih dari tiga bulan) termasuk nama penuh, alamat, pegawai untuk dihubungi dan nombor telefon, terma kredit dan apa-apa sebab untuk pinjaman yang belum dijelaskan
  • Unjuran aliran tunai mengikut tempoh pembiayaan

*Dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan salinan benar oleh Setiausaha Syarikat

*Senarai ini tidak menyeluruh. Bank boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan dokumen tambahan jika diperlukan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dikemukakan kepada mana-mana cawangan Bank Rakyat di seluruh Malaysia atau menghubungi kami di:

Perusahaan Kecil Sederhana
Tingkat 26, Menara 1,
MenaraKembar Bank Rakyat,
Jalan Travers,
50470 Kuala Lumpur

Tel: 03-26129600
Sambungan: 8794/8945/8858/8311/8890
Faks: 03-2272 2306 / 03-2272 2307
E-mel: sme@bankrakyat.com.my

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat