Produk Perniagaan

Pembiayaan Perniagaan-i / Pembiayaan Kontrak-i Tijari

Bank Rakyat memainkan peranan strategik sebagai rakan kepada pelbagai syarikat dan sektor ekonomi di negara ini. Dengan profil kewangan yang kukuh, dana yang mencukupi, dan polisi pengurusan risiko yang berhemah, Bank Rakyat menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan yang patuh Syariah kepada syarikat, SME, badan koperasi, enterpris dan usahawan Bumiputera yang memerlukan pembiayaan bagi projek, pengembangan perniagaan, dan dan pembelian hartanah.

Kelayakan

Semua entiti perniagaan seperti syarikat persendirian dan badan koperasi.

Konsep

Bai’Inah

Tujuan

Bagi membiayai kontrak diperoleh daripada kerajaan atau syarikat tersenarai yang kukuh.

Margin

Sehingga 80% daripada kos keseluruhan kontrak.

Tempoh

Minima: 12 bulan sehingga Maksima 2 tahun

Dokumen Diperlukan

Pembiayaan Kontrak-i

  • Surat Anugerah.
  • Bon pencapaian/Jaminan Bank/Insuran Kontrak.
  • Aliran Tunai Kontrak
  • Unjuran Keuntungan & Kerugian Kontrak.
  • Jadual Kerja Kontrak.
  • Prosedur Pembayaran Kontrak.

* Tertakluk kepada Terma dan Syarat