Produk Perniagaan

Pembiayaan Perniagaan-i / Pembiayaan Hartanah-i

Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan patuh Syariah yang kompetitif bagi membolehkan syarikat membeli tanah, rumah dan hartanah komersial. 

Kelayakan : Semua entiti perniagaan seperti syarikat persendirian dan badan koperasi

Konsep : Tawarruq

Jenis hartanah : Tanah – pertanian, kediaman, komersial dan industri.

Bangunan komersial - kedai, rumah kedai, lot pejabat, kilang dan bangunan perniagaan.

Tujuan : Pembelian hartanah kediaman dan bukan kediaman.

Margin : Sehingga 80% daripada harga belian, atau

100% atas nilai jualan paksa, yang mana lebih rendah.

Tempoh : Maksimum 20 tahun.

Fi dan Caj

Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu
Transaksi Caj
Fi Wakalah Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30
Duti Setem Tiada
Yuran Penyelesaian Awal Rebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru
Perdagangan Komoditi RM15 akan dicajkan bagi setiap RM1 Juta (50:50 berasaskan perkongsian). Transaksi minimum ialah RM1,000
Caj Pembayaran Lewat  Ketika tempoh pembiayaan:
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.

Selepas tamat tempoh pembiayaan
Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang antara Bank Islam ke atas baki tertunggak. 

Dokumen Diperlukan

Pembiayaan Hartanah-i

  • Salinan Perjanjian Jual Beli.
  • Laporan jurunilai hartanah yang akan disandarkan sebagai jaminan.

Unjuran aliran tunai perniagaan.