Produk Perniagaan

Pembiayaan Perniagaan-i / Pembiayaan Berjangka-i

Pembiayaan Berjangka- i adalah pakej pembiayaan dengan kadar keuntungan tetap yang direka untuk syarikat dan badan koperasi.

Kelayakan : Semua entiti termasuk syarikat persendirian dan badan koperasi.

Konsep : Tawarruq

Tujuan : Modal kerja bagi pengembangan perniagaan membabitkan syarikat persedirian dari pelbagai sektor seperti pertanian, kredit consumer, hartanah, pengeluaran, infrastruktur, peruncitan, komunikasi, dan minyak dan gas, dan lain-lain.

Margin : Sehingga 80% keperluan modal kerja.

Tempoh : Maksimum 10 tahun.

Fi dan Caj

Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu
Transaksi Caj
Fi Wakalah Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30
Duti Setem Tiada
Yuran Penyelesaian Awal Rebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru
Perdagangan Komoditi RM15 akan dicajkan bagi setiap RM1 Juta (50:50 berasaskan perkongsian). Transaksi minimum ialah RM1,000
Caj Pembayaran Lewat Ketika tempoh pembiayaan:
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.

Selepas tamat tempoh pembiayaan
Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang antara Bank Islam ke atas baki tertunggak. 

Dokumen Diperlukan

Pembiayaan Berjangka-i

  • Maklumat lengkap tujuan pembiayaan.
  • Laporan jurunilai hartanah yang akan dijadikan jaminan (jika berkenaan).
  • Aliran tunai dan unjuran keuntungan/kerugian projek.