Produk Perniagaan

Pembiayaan Perniagaan-i / Kontrak-i
Pembiayaan ini adalah untuk menampung kos untuk menyiapkan/melaksanakan kontrak yang diterima.

Konsep Shariah

Tawarruq

Kelayakan

  • Koperasi/Syarikat
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad (Kontrak yang dianugerahkan oleh kerajaan, badan-badan separa kerajaan, majlis-majlis tempatan dan syarikat swasta yang diiktiraf)

Fi dan Caj

Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu
Transaksi Caj
Fi Wakalah Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30
Duti Setem Tiada
Yuran Penyelesaian Awal Rebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru
Perdagangan Komoditi RM15 akan dicajkan bagi setiap RM1 Juta (50:50 berasaskan perkongsian). Transaksi minimum ialah RM1,000
Caj Pembayaran Lewat Ketika tempoh pembiayaan:
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.

Selepas tamat tempoh pembiayaan
Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang antara Bank Islam ke atas baki tertunggak. 

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan sehingga 80% daripada jumlah kos

Tempoh Bayaran Balik

Maksimum 6 bulan melebihi tarikh tamat kontrak

Sekuriti Jaminan

Surat ikatan serahan hak ke atas terimaan kontrak

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami di talian 1-300-80-5454.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.