Produk Perniagaan

Pembiayaan Perniagaan-i / CashLine-i

Cash Line-i (CL-i) adalah kemudahan Overdraf Islamik, yang beroperasi melalui akaun semasa, di mana pelanggan dibenarkan untuk mengeluarkan wang dalam akaun semasa sehingga had yang diluluskan. CL-i memberi fleksibiliti kepada pelanggan dalam penggunaan kemudahan kreditnya di mana ia sesuai bagi pembiayaan keperluan modal kerja dan pembiayaan kontrak untuk memenuhi keperluan urus niaga harian pelanggan.

Konsep Syariah

Tawarruq

Ciri-ciri

  • Caj keuntungan dikenakan atas amaun pembiayaan yang digunakan sahaja
  • Tiada yuran komitmen dikenakan atas amaun pembiayaan yang belum digunakan
  • Penggunaan pembiayaan yang fleksibel
  • Kadar keuntungan dan margin pembiayaan yang kompetitif
  • Tiada tempoh yang ditetapkan bagi bayaran principal.

Kelayakan

  • Syarikat berdaftar di Malaysia, dikendalikan dan dimiliki oleh rakyat Malaysia (sekurang-kurangnya 51% pegangan saham).
  • Perniagaan telah beroperasi selama 3 tahun berturut-turut dengan aktiviti perniagaan utama yang sama.
  • Tahap modal berbayar yang mencukupi dan boleh diterima yang menunjukkan komitmen dari pelanggan.
  • Trend prestasi jualan dan keuntungan sekurang-kurangnya untuk 3 tahun berturut-turut.
  • Dana pemegang saham yang positif.
  • Tiada tindakan undang-undang yang sedang berjalan atau rekod litigasi yang tidak boleh diselesaikan ke atas Syarikat, Pemegang Saham Syarikat dan Pengarah Syarikat.
  • Syarikat, Pemegang Saham Syarikat dan Pengarah Syarikat tidak boleh mempunyai lebih dari 2 bulan tunggakan bagi setiap pembiayaan di mana-mana institusi kewangan lain dan tidak melebihi 1 bulan tunggakan bagi pembiayaan di Bank Rakyat dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Tempoh

sehingga 5 tahun (tertakluk kepada semakan tahunan).

Fi & Caj

  • Duti Setem (seperti Akta Duti Setem 1949 (semakan 1989).
  • Yuran broker: setiap transaksi adalah RM7 untuk setiap juta yang dibeli dalam komoditi (akan dikongsi bersama antara pelanggan dan Bank).
  • Yuran guaman: urusan dokumentasi pembiayaan, caj pendaftaran, carian tanah, carian kebankrapan dan lain-lain caj yang berkaitan.

Kadar Keuntungan Pembiayaan

  • Kos Dana (COF) + Margin Keuntungan; ATAU
  • Kadar Asas Pembiayaan (BFR) + Margin Keuntungan

Nota:

Margin Keuntungan ditentukan berdasarkan kedudukan kredit pelanggan semasa permohonan pembiayaan.

Dokumen Diperlukan

  • Profail syarikat
  • Salinan diakui sah Borang 24, 44 & 49 yang disahkan dan Memorandum & Artikel Persatuan / Perlembagaan atau pengesahan bertulis yang ditandatangani oleh pengarah yang mengesahkan bahawa Syarikat tidak mempunyai Perlembagaan.
  • Salinan diakui sah Laporan kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (tidak melebihi 18 bulan dari tarikh permohonan) dan akaun Pengurusan / draf yang terkini (tidak melebihi 12 bulan dari tarikh permohonan)
  • Senarai terkini pembekal dan pembeli utama
  • Senarai terkini penghutang dan pemiutang
  • Senarai pembiayaan di mana-mana Institusi Kewangan (sekiranya ada)
  • Penyata akaun semasa Bank bagi tempoh 6 bulan yang terkini
  • Unjuran Akaun Keuntungan & Kerugian, serta Aliran Tunai untuk 2 tahun.
  • Maklumat mengenai nilai aset bersih seperti laporan pendapatan, resit Simpanan Tetap, Borang BE dan lain-lain
  • Maklumart tentang nilai asset bersih Pemegang saham / Pengarah Syarikat / rakan kongsi
  • Senarai projek yang telah siap, projek-projek di tangan (termasuk tempoh projek dan peratusan yang telah siap) dan projek-projek tender (jika berkaitan).
  • Borang Permohonan yang telah dilengkapkan.
  • Lain-lain dokumen yang diperlukan Bank