Produk Perniagaan

Pembiayaan Mikro-i / Pembiayaan Mikro-i MUsK
 
Helaian pendedahan produk
Maklumat Produk
Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk direka khas bagi menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan masing-masing.

Ciri-ciri pembiayaan

  • Pembiayaan terus kepada anggota koperasi/Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil.
  • Menjalankan mikro enterpris.
  • Dikehendaki menyertai Kumpulan Bantu Diri (KBD)*.
  • Kadar keuntungan 12.56 % pada kadar rata.
  • Konsep Syariah : Tawarruq

*KBD ialah kumpulan individu yang terdiri daripada 5 hingga 10 orang.

Jenis Perniagaan

  • Pengilangan
  • Perkhidmatan.
  • Lain-lain - Pertanian Primer, Pembinaan, Perlombongan dan Kuari

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Anggota koperasi/Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil.
  • Pemilik tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad.
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Menetap di kawasan operasi perniagaan.
  • Ahli-ahli KBD yang mempunyai rekod pembiayaan yang baik (tunggakan tidak melebihi 4 minggu).

Had Pembiayaan

RM 1,000 - RM 50,000

Cara Bayaran

  • Potongan Akaun Simpanan.
  • Mesin ATM/CDM.

Kadar Keuntungan

12.56%

Fi dan Caj

Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu
Transaksi Caj
Caj Pembayaran Lewat (Ta'widh): Ketika tempoh pembiayaan:
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.

Selepas tamat tempoh pembiayaan
Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang antara Bank Islam ke atas baki tertunggak. 
Fi Wakalah atau Agensi Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30.
Duti Setem Dikecualikan
Yuran Penyelesaian Awal Rebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru

Helaian Pendedahan Produk

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat