Senarai produk:
Surat Kredit-i (LC-i)
Surat Kredit-i (LC-i) ialah aku-janji bertulis yang dikeluarkan oleh bank kepada penjual/pengeksport (benefisiari) atas permintaan pembeli/pengimport (pemohon) untuk membayar sejumlah wang sebagai balasan kepada dokumen yang diserahkan kepada Bank dalam had tempoh yang ditetapkan serta mematuhi terma dan syarat seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kredit-i
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu instrumen yang dikeluarkan oleh Bank untuk memudahkan import dan pembelian barangan dan perkhidmatan patuh Syariah.
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar / Kos |
---|---|
Terbitan | 0.1% sebulan atau sebahagian daripadanya (min RM50) atau seperti di dalam Surat Tawaran. |
Pindaan |
Peningkatan nilai dan / atau pelanjutan tarikh tamat tempoh: Lain-lain: RM50 kadar rata |
Usans / Penerimaan | 0.1% sebulan atau sebahagian daripadanya dari tarikh tamat tempoh LC-i hingga tarikh tamat tempoh usans (min RM50) atau seperti di dalam Surat Tawaran |
Pembatalan (sebelum tarikh tamat tempoh LC-i) | RM50 |
SWIFT |
Pengeluaran: Tempatan RM50 Asing RM75 Lain-lain: RM25 |
RENTAS | RM5 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Surat Kredit-i.pdf
Jaminan Perkapalan-i (SG-i)
Jaminan Perkapalan-i (SG-i) adalah satu kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada pelanggan (pengimport) untuk pelepasan barangan patuh Syariah (yang diimport melalui Surat Kredit-i) di pelabuhan atau kargo udara, tanpa penyerahan Bil Muatan yang asli (Bill of Lading) atau Bil Jalan Udara yang asli (Airway Bill) yang merupakan bukti penghantaran barangan yang asal. Bank akan mengeluarkan SG-i kepada Syarikat Perkapalan / Ejen untuk membolehkan pelanggan (pengimport), penerima atau pembeli mengambil barangan patuh Syariah tanpa Bil Muatan yang asli (Bill of Lading) atau Bil Jalan Udara yang asli (Airway Bill).
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: kaunter indemniti yang ditandatangani oleh Bank sebagai interim kepada Bil Muatan asli / Bil Jalan Udara asli
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
Pengeluaran | 0.1% rata ke atas jumlah invois (min RM50) |
SG-i yang tidak dikembalikan | Selepas 3 bulan dari tarikh pengeluaran: 0.5% setahun dikenakan dan seterusnya 3 bulan selepas itu sehingga SG-i dikembalikan (min RM50) |
Pengesahan Bil Muatan (Bill of Lading) dan Bil Jalan Udara (Airway Bll) | 0.1% rata ke atas jumlah invois |
Duit Setem | Kos sebenar |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
Pungutan Bil Import-i (IBC-i)
Ianya adalah perkhidmatan yang diberikan oleh Bank untuk mengendalikan dan penyerahan dokumen masuk i.e. dokumen komersil dan sebagainya (tempatan dan asing) kepada penerima [pembeli/pengimport(drawee)] untuk bayaran sebagaimana arahan yang diberi oleh sesuatu pihak [‘Remitting Bank’ atau penjual/pengeksport(drawer)]
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu perkhidmatan oleh Bank untuk mengendalikan dokumen import yang dikeluarkan oleh Penjual atau Bank Penjual
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
Komisen / Pindaan | 0.1% atas amaun invois (Min RM50, Max Tempatan: RM500 Asing: RM100) |
Pelepasan pembayaran percuma | RM120 |
Ubah hala ke bank lain | RM120 |
Bil bantahan | Kos sebenar |
SWIFT | RM25 |
RENTAS | RM5 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Pungutan-i Bil Import.pdf
Pembiayaan Modal Kerja Murabahah (MWCF)
Pembiayaan Modal Kerja Murabahah (MWCF) merupakan kemudahan pembiayaan modal kerja untuk membiayai pembelian/pengimportan barangan patuh Syariah, bahan mentah, dan lain-lain seperti yang dikehendaki oleh pelanggan (pembeli/pengimport) untuk operasi perniagaannya berdasarkan surat kredit-i yang dikeluarkan oleh Bank atau di bawah asas akaun terbuka.
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: pembiayaan jangka pendek untuk membiayai pembelian yang dibuat oleh Pelanggan
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
RENTAS | RM5 |
IBG (seperti di kaunter) | RM2 |
SWIFT | RM25 |
Duti setem | Kos sebenar |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Pembiayaan Modal Kerja Mrurabahah.pdf
Surat Kredit Eksport-i (ELC-i)
Surat Kredit Eksport-i (ELC–i) merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank untuk membuat serahan surat kredit-i yang diterima daripada bank koresponden (apabila kesahihannya telah dilakukan) kepada pelanggan/penjual/pengeksport (benefisiari).
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu perkhidmatan oleh Bank untuk menyerahkan Surat Kredit Eksport-i/Surat Kredit Eksport kepada pelanggan setelah disahihkan.
Fees & Charges:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
Pengesahan | RM50 |
Pindaan | RM50 |
Pindah Milik | 0.15% - 2% atas amaun kredit dokumentari yang dipindahkan |
SWIFT | RM25 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Surat Kredit Eksport-i.pdf
Surat Kredit Eksport Pengesahan-i (ELCC-i)
Penambahan dari perkhidmatan yang diberikan oleh Bank kepada pelanggan/penjual/pengeksport (benefisiari) untuk serahan Surat Kredit Eksport-i/Surat Kredit Export yang diterima daripada bank koresponden setelah pengesahihan surat kredit itu dilakukan, bank mungkin diminta untuk mempertanggungkan pembayaran keatas Surat Kredit Eksport-i/Surat Kredit Export yang diterima.
Dengan mempertanggungkan pembayaran keatas Surat Kredit Eksport-i/Surat Kredit, bermakna bank dipertanggungjawabkan sebagaimana tanggungjawab yang ditanggung oleh bank pengeluar surat kredit. Ini termasuk kewajipan untuk membayar apabila dokumen-dokumen yang dikemukakan menepati sepenuhnya semua terma dan syarat didalam Surat Kredit Eksport-i/Surat Kredit Eksport.
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu perkhidmatan oleh Bank untuk menambah pengesahan kepada Surat Kredit Eksport-i/Surat Kredit Eksport atas permintaan Pelanggan
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
Pengesahan | Kadar akan ditentukan oleh Perbankan Koresponden pihak Bank berdasarkan risiko bank dan negara |
SWIFT | RM25 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Surat Kredit Eksport Pengesahan-i.pdf
Pungutan Bil Eksport-i (OBC-i)
Pungutan Bil Eksport-i (OBC-i) adalah perkhidmatan yang diberikan di mana Bank akan bertindak sebagai ejen/wakil dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran dokumen kewangan dan komersil yang dikemukakan oleh ‘drawer’ (penjual/pengeksport) untuk kutipan bayaran daripada ‘drawee’ (pembeli/pengimport) melalui bank pemungut di bawah terma dan syarat yang dipersetujui di antara pembeli dan penjual.
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: Satu perkhidmatan oleh Bank untuk memajukan dokumen eksport ke Bank Pembeli
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
Komisyen | 0.1% rata ke atas jumlah invois (Min RM50, Max Tempatan: RM500 Asing: RM100) |
Arahan Pindaan | RM50 |
Semakan Dokumen (terhadap Surat Kredit) | RM50 |
Dokumen yang dikembalikan | RM120 |
Tidak berbayar/Tidak diterima (melebihi 60 hari) | RM120 |
SWIFT | RM25 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Pungutan Bil Eksport-i.pdf
Pembiayaan Bil Eksport-i (OBF-i)
Pembiayaan Bil Eksport-i (OBF-i) adalah pembiayaan jangka pendek. Kemudahan yang disediakan untuk ‘drawer’ (penjual/pengeksport) di bawah Pungutan Bil Eksport-i (OBC-i) sebagai cara untuk menyediakan modal kerja yang diperlukan kepada ‘drawer’(penjual/pengeksport) sementara menunggu penerimaan hasil jualan/eksport.
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu pembiayaan jangka pendek untuk membiayai jualan yang dibuat oleh pelanggan
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
RENTAS | RM5 |
IBG (seperti di kaunter) | RM2 |
SWIFT | RM25 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Pembiayaan Bil Eksport-i.pdf
Pembiayaan Bil Kredit Eksport-i (CBF-i)
Pembiayaan Bil Kredit Eksport-i (CBF-i) adalah kemudahan pembiayaan jangka pendek yang disediakan untuk pelanggan [penjual/pengeksport(benefisiari)] di bawah Surat Kredit Eksport-i sebagai cara untuk menyediakan modal kerja yang diperlukan oleh pelanggan [penjual/pengeksport(benefisiari)] sementara menunggu penerimaan hasil jualan/eksport dengan syarat dokumen-dokumen yang dikemukakan mematuhi terma dan syarat Surat Kredit Eksport-i.
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu pembiayaan jangka pendek untuk membiayai jualan yang dibuat oleh Pelanggan (untuk Surat Kredit Eksport-i)
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
RENTAS | RM5 |
IBG (seperti di kaunter) | RM2 |
SWIFT | RM25 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Pembiayaan Bil Kredit Eksport-i.pdf
Pembiayaan Perdagangan Tawarruq (TTF)
TTF adalah kemudahan pembiayaan untuk membiayai pembelian/pengimportan, penjualan/pengeksportan barangan, bahan mentah, barangan tidak ketara atau perkhidmatan yang patuh Syariah sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan (pembeli/pengimport/penjual/pengeksport) untuk operasi perniagaannya di bawah Surat Kredit-i yang dikeluarkan oleh Bank atau di bawah asas akaun terbuka.
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu pembiayaan jangka pendek untuk membiayai pembelian dan jualan barangan atau perkhidmatan patuh Syariah.
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
RENTAS | RM5 |
IBG (seperti di kaunter) | RM2 |
SWIFT | RM25 |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |
PDS: Pembiayaan Perdagangan Tawarruq (TTF).pdf
Jaminan Bank-i (BG-i)
Jaminan Bank-i (BG-i) adalah satu kemudahan akujanji bertulis dari pihak Bank terhadap pihak ketiga (benefisiari) bagi menjamin sesuatu obligasi pelanggan (dibawah terma dan syarat kontrak atau perjanjian). Pihak Bank akan menjamin pembayaran kepada pihak ketiga sejumlah wang apabila dituntut sekiranya pelanggan gagal memenuhi obligasi (dibawah terma dan syarat kontrak atau perjanjian) mereka.
Kelayakan: semua entiti perniagaan yang mempunyai transaksi import dan / atau eksport patuh Syariah.
Tujuan: satu instrumen yang dikeluarkan oleh Bank untuk memberi jaminan kepada pihak ketiga bagi pihak Pelanggan
Fi & Caj:
Jenis Fi/Caj | Kadar/Kos |
---|---|
Terbitan | Seperti Surat Tawaran, 0.05% sebulan atau min RM50 (mana yang lebih tinggi) |
Pindaan |
Peningkatan nilai dan/atau pelanjutan tarikh tamat tempoh: Lain-lain: RM50 |
SWIFT |
Pengeluaran: Tempatan RM50 Asing RM75 Lain-lain: RM25 |
Duti setem | Kos sebenar |
Perbelanjaan am (penghantaran) | Kos sebenar |