Perkhidmatan

Saluran / Wakil Khidmat Bank Rakyat
Peluang untuk koperasi menjana sumber pendapatan

Wakil Khidmat Bank Rakyat adalah program khas yang mana koperasi dilantik sebagai ejen bagi memasarkan produk dan fasiliti perbankan Bank Rakyat.

Koperasi yang terpilih akan bertanggungjawab untuk memperkenalkan, mempromosikan, memasarkan dan meluaskan pasaran produk dan fasiliti (produk sedia ada dan baru) Bank Rakyat kepada anggota koperasi dan pelanggan baru di kawasan masing-masing.

Beroperasi di premis sedia ada, Wakil Khidmat Bank Rakyat dipilih berdasarkan potensi kawasan berkenaan dalam mengembangkan produk/perkhidmatan Bank terutama membabitkan segmen pasaran yang belum diterokai.

  • Saluran yang menghubungkan Bank Rakyat dengan pelanggan.
  • Koperasi tidak memerlukan modal untuk memulakan operasi.
  • Meningkatkan sumber pendapatan koperasi menerusi pemberian komisen.
  • Menjadi hub pemasaran dan penjualan produk-produk koperasi lain.
  • Perkongsian pengalaman tentang kaedah pemasaran produk & perkhidmatan.
  • Memberi nilai tambah kepada koperasi, anggota dan masyarakat di kawasan operasi koperasi.
  • Panduan dan khidmat nasihat operasi Wakil Khidmat Bank Rakyat diberikan PERCUMA.
  • Berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
  • Mempunyai pengurusan pentadbiran yang teratur.
  • Lokasi operasi yang strategik.
  • Mempunyai potensi pasaran yang menggalakkan.

Nota: Tertakluk kepada terma & syarat semasa Bank.

Maklumat Lanjut Boleh Didapati Di
  • Jabatan Khidmat Koperasi, Bank Rakyat
  • Cawangan-cawangan Bank Rakyat

Permohonan Boleh Dimajukan Kepada

Penolong Naib Presiden
Penasihat Perniagaan
Tingkat 8, Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2612 9600
Fax: 03-2612 9566

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat