Perkhidmatan

Saluran / tele-Rakyat
tele-Rakyat adalah pusat panggilan pelanggan Bank Rakyat yang diwujudkan khusus bagi membantu pelanggan sedia ada dan baru. Pengwujudan pusat ini adalah selaras dengan falsafah perkhidmatan cemerlang Bank Rakyat. Dengan komitmen perkhidmatan terbaik dan effisien, perkhidmatan tele-Rakyat diuruskan kakitangan yang cekap, berpengetahuan dan terlatih yang bersedia untuk membantu segala keperluan perbankan anda. Pusat panggilan pelanggan ini juga menyokong perkhidmatan yang disediakan di cawangan Bank Rakyat dan platform internet, iRakyat. Cuma telefon tele-Rakyat dan kami berbesar hati untuk membantu semua keperluan perbankan anda.

Sebagai Bank yang pantas bekembang, kejayaan masa depan kami juga berkait rapat dengan pandangan yang diberikan pelanggan. Pandangan anda dapat membantu kami meningkatkan produk dan perkhidmatan kami. Maklumat yang diberikan akan digunakan bagi menyediakan produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan kami. Pada masa sama, pertanyaan, komen dan cadangan anda akan membantu kami menentukan maklumat yang diperlukan anda. Jadi berikan pandangan anda kerana kami mahu mendengarnya.

  • Pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan
  • Promosi terkini
  • Melaporkan kehilangan/kecurian kad ATM
  • Status permohonan pembiayaan
  • Maklumat kadar semasa
  • Kami bersedia untuk menjawab pertanyaan anda. Waktu operasi kami adalah 24 jam seperti berikut :
    • 7:30 pagi hingga 9:30 malam - Talian dibuka untuk semua pertanyaan
    • 9:30 malam hingga 7:30 pagi - Talian dibuka terhad untuk menyemak status permohonan, urusan perbankan internet dan melaporkan kehilangan kad
  • Hubungi kami di 1-300-80-5454 atau 03-21179000 bagi dalam negara atau 03-55269000 bagi luar Negara atau e-mel telerakyat@bankrakyat.com.my untuk pertanyaan lanjut
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat