Perkhidmatan

Saluran / i-MerchantRAKYAT

Jom terokai keupayaan dan peluang dalam i-MerchantRAKYAT!
 
  • Menerima bayaran dengan mudah melalui sistem DuitNow QR dan menguruskan Outlet dan juruwang anda dengan cekap.
  • Langgani i-MerchantRAKYAT bagi memudahkan penerimaan bayaran tanpa tunai
  • Dapatkan informasi jualan bagi membolehkan anda membuat keputusan untuk mendorong perniagaan pada masa hadapan.
 
Dengan keupayaan fungsi yang ada, ia lebih memudahkan anda untuk mengawasi outlet dan juruwang hanya melalui aplikasi i-MerchantRAKYAT, dengan ini dapat membantu operasi perniagaan anda lebih lancar. Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan perniagaan anda melalui aplikasi i-MerchantRAKYAT.

Jom sertai kami untuk kembangkan perniagaan anda dengan menggunakan kuasa transformasi i-MerchantRAKYAT.  Terokai aplikasi yang boleh membentuk landskap perniagaan dan dapat memajukan perniagaan dalam pelbagai industri. Mudahkan proses pembayaran anda, tingkatkan potensi perniagaan anda, dan bukakan peluang baru melalui aplikasi i-MerchantRAKYAT. Jadilah sebahagian daripada kami bagi mengerak dan membentuk cara peniaga berkembang. Mulakan perjalanan perniagaan dan kejayaan anda melalui i-MerchantRAKYAT.

Muat turun i-MerchantRAKYAT sekarang dan nikmatilah penyelesaian pembayaran yang berkesan bagi memudahkan perniagaan anda.


1. Dokumen Yang Diperlukan

No Jenis Syarikat Dokumen-Dokumen yang Diperlukan
1. Pemilikan Tunggal
  • Sijil pendaftaran perniagaan mengikut pihak berkuasa yang berkaitan (i.e. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Berniaga PBT Sabah / Sijil Perdaftaran Perniagaan Sarawak
  • Salinan Kad Pengenalan bagi individu yang dibenarkan (depan & belakang)
2.


Bukan Pemilikan Tunggal

Perkongsian
 
  • Sijil pendaftaran perniagaanmengikut pihak berkuasa yang berkaitan (i.e. SSM / Lesen Berniaga PBT Sabah / Siji Perdaftaran Perniagaan Sarawak)
  • Surat lantikan bagi individu yang telah dilantik
  • Salinan Kad Pengenalan bagi individu yang dibenarkan (depan & belakang)
Sdn Bhd / Bhd
 
  • Sijil pendaftaran perniagaan mengikut pihak berkuasa yang berkaitan(i.e. SSM Borang 9 & 49)
  • Resolusi Lembaga Pengarah
  • Salinan Kad Pengenalan bagi individu yang dibenarkan (depan & belakang)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)/ Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) (e.g. Persatuan, Kelab, Koperasi, Agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Badan Keagamaan)
 
  • Sijil pendaftaran mengikut pihak berkuasa yang berkaitan(i.e. Sijil Majlis Islam, Akta Pertubuhan Borang 3, Perakuan Pendaftaran Koperasi)
  • Resolusi / Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah (extraction minute of meeting) atau surat rasmi yang ditandatangani oleh penandatangan yang telah dibenarkan atau diberikan kuasa.
  • Salinan Kad Pengenalan bagi individu yang dibenarkan (depan & belakang)
Badan-Badan Kerajaan
 
  • Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah (extraction minute of meeting) atau surat rasmi yang ditandatangani oleh  penandatangan yang telah dibenarkan atau diberikan kuasa.
Salinan Kad Pengenalan bagi individu yang dibenarkan (depan & belakang)

 
2. Cara Pendaftaran

Proses yang diperlukan untuk menjadi pengurus (individu yang dibenarkan oleh syarikat) adalah seperti berikut:
  1. Langkah 1:Muat turun aplikasi i-MerchantRAKYAT di stor aplikasi anda dan teruskan dengan pendaftaran baru.
  2. Langkah 2:Masukkan nombor pendaftaran organisasi dan nombor akaun anda, kemudian klik ikon ‘Daftar’ dan, terma dan syarat (T&S) untuk setuju.
  3. Langkah 3: Maklumat organisasi anda akan dipaparkan. Klik 'Ya’ untuk pengesahan.
  4. Langkah 4: Isikan butiran pendaftaran anda dan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengesahan oleh pihak Bank (Rujuk kepada dokumen-dokumen yang perlu dimuat naikkan di Dokumen yang diperlukan).
  5. Langkah 5:Anda akan menerima notifikasi melalui emel dengan pautan 'Sahkan' untuk meneruskan pengaktifan akaun dalam tempoh 48 jam.
  6. Langkah 6:Klik pautan 'Sahkan' dari emel tersebut dan anda akan dibawa ke halaman log masuk untuk mereka nama pengguna dan kata laluan anda.
  7. Langkah 7:Log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang anda telah tetapkan. Anda akan menerima OTP untuk pengesahan log masuk kali pertama.
  8. Langkah 8:Sahkan OTP tersebut, dan pendaftaran anda akan lengkap.
 
 
3. Kebolehcapaian Aplikasi

No. Kebolehcapaian Peranan
Pengurus Juruwang
1.  Log Masuk
2.  Pengurusan Outlet & Pengguna  
3.  Transaksi - Lihat dan menjana laporan *  
4.  Transaksi - Lihat dan menjana laporan **  
5.  Pembayaran - Menjana kod QR DuitNow Statik atau Dinamik (Outlet) *  
6.  Pembayaran - Menjana kod QR DuitNow Statik atau Dinamik **  
7.  Statistik - Statistik mengenai jualan harian *  
8.  Statistik - Statistik mengenai jualan harian **  
9.  Peti Masuk - Melihat notikasi transaksi dan  pengumuman
10.  Tetapan profil - Menukar kata laluan, bahasa
Nota:    
* Boleh menyemak mengikut semua cawangan atau juruwang    
** Hanya boleh melihat maklumat sendiri    

 
No Fungsi Penerangan
1. Akses Pengguna Akses pengguna adalah berbeza kepada:
  1. Pengurus – Akses penuh kepada semua fungsi.
  2. Juruwang – Akses fungsi yang terhad.
2. Pengurusan Outlet & Pengguna  Pengurus mempunyai fleksibiliti untuk mencipta, melihat, mengedit, memadam & menggantung:
  1. Outlet
  2. Juruwang
3. Transaksi Dapat melihat dan menjana laporan transaksi.
 
4. Bayaran Boleh menerima bayaran tanpa tunai  dengan menggunakan QR DuitNow melalui:
  1. Kod QR Statik
  2. Kod QR Dinamik
5. Peti Masuk Maklumat yang diterima daripada Bank berbentuk:
  1. Notifikasi (transaksi pembayaran).
  2. Pengumuman (notis & pengetahuan).
6. Statistik Statistik keseluruhan jualan kasar harian dan bersih, berdasarkan outlet atau juruwang.
7. Tetapan Boleh menukar:
  1. Kata Laluan
  2. Nombor telefon.
  3. Alamat Emel.
  4. Bahasa.
  5. Laporan.
Buat masa ini tiada fi yang akan dikenakan kepada peniaga sehingga dimaklumkan kelak
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat