Sebuah platform perbankan eksklusif yang disediakan oleh Bank Rakyat, matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman perbankan dan kewangan secara menyeluruh serta berdedikasi kepada pelanggan eksklusif kami. Ditubuhkan sejak tahun 2014, Rakyat Xclusive merupakan salah satu inisiatif Bank Rakyat untuk meningkatkan pengalaman dan perkhidmatan kami untuk menjadi "Bank Pilihan Anda", sekaligus membawa identiti dan reputasi tersendiri untuk memberikan pengalaman serta perkhidmatan kelas tertinggi kepada pelanggan eksklusif kami.
Kami komited dalam memberikan layanan eksklusif kepada pelanggan kami untuk membina sebuah platform yang efisien, berdedikasi dan fokus dalam membentuk hubungan yang berpandukan dalam mengembang kewangan pelanggan bersama pengurus kewangan kami. Selain itu untuk menawarkan layanan utama kami, kadar istimewa serta hak eksklusif kepada pelanggan eksklusif kami kerana memilih kami untuk menjadi platform perbankan utama sehenti.
Kami komited dalam memberikan layanan eksklusif kepada pelanggan kami untuk membina sebuah platform yang efisien, berdedikasi dan fokus dalam membentuk hubungan yang berpandukan dalam mengembang kewangan pelanggan bersama pengurus kewangan kami. Selain itu untuk menawarkan layanan utama kami, kadar istimewa serta hak eksklusif kepada pelanggan eksklusif kami kerana memilih kami untuk menjadi platform perbankan utama sehenti.
Dalam memastikan kami memenuhi semua kehendak dan keperluan pelanggan dalam menjaga serta mengembangkan kekayaan anda, kami sentiasa berusaha untuk mengembangkan barisan produk kami untuk merangkumi setiap segmen yang pelanggan kami perlukan dan fikirkan dari segi kewangan dan kekayaan. Kami juga berusaha untuk menjadi platform perbankan eksklusif sehenti yang menawarkan produk dan perkhidmatan Patuh Syariah yang memenuhi visi pelanggan kami. Antara produk yang kini kami tawarkan kepada ahli Rakyat Xclusive kami adalah seperti berikut:

Sebahagian daripada usaha kami dalam memberikan serta menawarkan anda pengalaman terunggul dalam perbankan eksklusif bersama Rakyat Xclusive, kami sentiasa menyempurnakan kemudahan dan keistimewaan kami untuk memastikan kecekapan dan dedikasi berterusan kepada pelanggan kami sebagai ahli. Antara keistimewaan yang kami tawarkan kepada ahli kami ialah
Di atas adalah antara keistimewaan kami yang ditawarkan kepada anda sebagai ahli Rakyat Xclusive. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati mana-mana cawangan berdekatan kami atau pusat Rakyat Xclusive di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR).
|
Pusat Panggilan Rakyat Xclusive Kami komited untuk memastikan dedikasi yang lancar dalam memberi perkhidmatan dan melayani pelanggan kami secara cepat membawa kami untuk menyediakan pusat panggilan khas untuk pelanggan kami. Ini membolehkan anda dilayani dengan kadar segera serta masa menunggu yang minimum berbanding pusat panggilan am kami, sebuah kemudahan di hujung jari. |
|
Pengurus Kewangan Berdedikasi Berpandukan objektif utama kami dalam mengembangkan dan memupuk kekayaan anda serta matlamat kewangan, kami akan melengkapi pelanggan kami dengan Pengurus Kewangan yang komited untuk memberi anda nasihat kewangan tentang, atau menguruskan pelaburan anda untuk memastikan ia membuahkan hasil. |
|
Keselesaan, Kemudahan dan Kesenangan Kami berusaha dalam menyediakan sebuah platform untuk menyampaikan keselesaan, kemudahan serta kesenangan sepanjang perjalanan mereka bersama Rakyat Xclusive. Percaya bahawa pengalaman anda penting dan harus diutamakan, kami sentiasa memberikan kesempurnaan dalam keistimewaan kami untuk menjamin perjalanan anda yang bersama kami. Antara faedah dan keistimewaan menjadi sebahagian daripada kami adalah:
|
Di atas adalah antara keistimewaan kami yang ditawarkan kepada anda sebagai ahli Rakyat Xclusive. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati mana-mana cawangan berdekatan kami atau pusat Rakyat Xclusive di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR).
Untuk memastikan Rakyat Xclusive dalam mengekalkan status perbankan eksklusif dan berdedikasi, kami telah menetapkan kriteria kelayakan bagi pelanggan kami untuk dipenuhi bagi menjadi sebahagian dari ahli Rakyat Xclusive. Pelanggan perlu memenuhi salah satu kriteria di bawah untuk melayakkan keahlian Rakyat Xclusive:
*Aset Boleh Labur termasuklah deposit, pendapatan tetap, ekuiti, dana unit amanah, dana hartanah, Pelaburan harta tanah, dan sebarang pelaburan alternatif lain, yang dikekalkan bersama Bank Rakyat.
Peringkat | Kelayakan | ||
Aset Boleh Labur* | Gadai Janji | Had Kad Kredit | |
Affluent | RM50,000 sehingga RM250,000 | RM700,000 sehingga RM1.0 juta | RM50,000 sehingga RM100,000 |
Premier | RM250,000 sehingga RM2.5 juta | RM1.0 million sehingga RM2.5 juta | RM100,000 sehingga RM250,000 |
Private | Melebihi RM2.5 juta | Melebihi RM2.5 juta | Melebihi RM250,000 |
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.*Tertakluk kepada terma dan syarat