Produk Peribadi

Simpanan / PROGRAM SEKOLAH TANPA TUNAI

Program Sekolah Tanpa Tunai Bank Rakyat ini bertujuan untuk meningkatkan kecelikan kewangan dalam masyarakat terutamanya pelajar melalui keseluruhan ekosistem tanpa tunai di sekolah seperti kantin, koperasi dan kedai buku. Pelajar tidak perlu membawa wang tunai ke sekolah tetapi masih dapat berbelanja dengan hanya menggunakan Kad Debit-i Bank Rakyat sebagai kaedah pembayaran.

  1. Pembukaan Akaun Simpanan-i Bank Rakyat tanpa deposit.
  2. Kad Debit-i khas pelajar akan diberikan.
  3. Maklumat lanjut berkaitan Kad Debit-i Bank Rakyat (Kad Debit-i Bank Rakyat).
  4. Pembukaan Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) Bank Rakyat ditawarkan kepada rakan perniagaan di sekolah seperti kantin, koperasi dan kedai buku.
  5. Penyediaan Terminal POS (point of sales system) yang diberikan kepada rakan perniagaan di sekolah seperti kantin, koperasi dan kedai buku.

  1. Kad pengenalan asal pelajar.
  2. Salinan kad pengenalan pelajar.
  3. Salinan sijil kelahiran pelajar.
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  5. Borang kebenaran ibu bapa (dibekalkan oleh Bank Rakyat)