Produk Peribadi

Perancangan Kewangan / Unit Amanah
Perancangan pelaburan adalah strategi yang merancang matlamat pelaburan untuk mencapai objektif tersebut melalui instrumen yang bersesuaian. Nilai pelaburan bergantung kepada tunai atau aset yang tersedia, pengalaman pelabur, toleransi risiko dan juga matlamat kewangan.

  • Unit amanah adalah satu bentuk pelaburan ke atas saham syarikat, hartanah, komoditi atau instrumen lain.
  • Merupakan pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur individu untuk menggabungkan wang ke dalam satu dana, sekaligus menyebarkan risiko dalam instrumen pelaburan atau sektor yang berbeza.
  • Objektif pelaburan unit amanah adalah untuk menjana pendapatan atau pertumbuhan melalui firma-firma besar dan kecil di lokasi yang berbeza.
  • Harga unit amanah bergantung kepada harga asas setiap unit dan juga prestasi instrumen yang dipilih oleh pelabur seperti saham/unit amanah atau lain-lain.
Pelabur unit amanah berpeluang untuk memperolehi banyak manfaat yang biasanya tidak dinikmati oleh pelabur individu. Antara manfaat tersebut ialah:

1. Berpatutan
Pelaburan unit amanah memerlukan modal yang minima kerana kebanyakan dana menerima pelaburan kecil dan besar, menjadikannya mudah untuk disertai oleh pelabur baharu.
2. Kepelbagaian portfolio pelaburan
Unit amanah membenarkan pelabur untuk melabur dalam pelbagai pilihan sekuriti berbanding pelaburan sendiri. Pempelbagaian pelaburan meminimumkan pendedahan kepada pelbagai jenis risiko.
3. Pengurusan profesional yang berterusan
Dana unit amanah akan diuruskan oleh pengurus dana profesional sepenuh masa yang mempunyai kemahiran dan pengalaman serta sumber yang diperlukan memaksimumkan pelaburan. Ini dapat mengurangkan kebimbangan pelabur dalam membuat keputusan harian, sama ada untuk membeli atau menjual aset kewangan – dimana pengurus dana yang akan membuat transaksi pelaburan bagi pihak anda.
  • Pilihan dana unit amanah Islam yang terbaik dalam pasaran
  • Pilihan dana unit amanah Islam yang terbaik dalam pasaran
  • PERCUMAperkhidmatan perundingan oleh Penasihat Perancangan Kewangan Bank Rakyat
  • Tunai – Bayaran boleh dibuat dalam jumlah sekaligus pada permulaan pelaburan dan/atau bagi tambahan pelaburan.
    *Nota: Langganan baharu untuk transaksi tunai tidak tersedia buat masa ini kerana penyelenggaraan sistem dan akan diberitahu kelak.
  • KWSP – Berkala berdasarkan umur dan terma dan syarat KWSP (terpakai untuk dana tertentu).
  • Pelaburan Unit Amanah ditawarkan kepada:
  1. Pemohon individu:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 hingga 65 tahun
    3. Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
    4. Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.
  2. Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dll
  • Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (*Berbeza mengikut dana)

There are 19 Shariah-compliant funds distributed by Bank Rakyat from 4 Unit Trust Management Companies.

(The content of the Fund information and rates below will vary, depending on the update in Master Prospectus(es)/Prospectus(es) and its Supplementary(ies) (if any) of the respective Fund(s).)

  1. AmFunds Management Berhad - Prospectus

    Ambon Islam
    AmIttikal
    AmIslamic Growth
    AmIslamic Balanced
    AmOasis Global Islamic (Now: Global Islamic Equity)
    AmAl-Amin
    Precious Metals Securities
     
  2. Principal Asset Management Berhad - Prospectus

    Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Equity Fund
    Principal Islamic Lifetime Balanced Fund
    Principal Dali Asia Pacific Equity Growth Fund
    Principal Dali Equity Growth Fund
    Principal Islamic Money Market Fund
     
  3. Eastspring Investments Berhad - Prospectus

    Dana Al-Ilham
    Dana Al-Islah
    Dana Dinamik
    Islamic Income Fund
     
  4. Maybank Asset Management - Prospectus

    Maybank Malaysia Growth-i Fund
    Maybank Malaysia Balanced-i Fund
    Maybank Malaysia Income-i Fund
     

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat