- Menyediakan perlindungan terhadap kerugian dan/atau kerosakan kepada harta kediaman/komersial akibat kebakaran, kilat atau sebarang bencana yang dinyatakan dalam Sijil Takaful.
- Perlindungan takaful Pemilik Rumah juga merangkumi tempat letak kenderaan, bangunan luar, dinding, pagar dan tembok, serta lekapan luar.
- Pembayaran sumbangan bagi takaful Pemilik Rumah dikira berdasarkan jenis hartanah.
- Tempoh perlindungan adalah satu tahun, sijil akan diperbaharui oleh Bank bagi pelanggan Pembiayaan Perumahan-i dengan Bank Rakyat.
- Perlindungan kerugian atau kerosakan kepada bangunan oleh mana-mana bencana yang berikut:
- Kebakaran, kilat, petir dan kebakaran bawah tanah.
- Letupan.
- Kerosakan disebabkan oleh pesawat, peranti udara yang lain dan/atau benda yang jatuh.
- Kerosakan akibat hentaman oleh kenderaan jalan raya atau haiwan
- Pecahan dan limpahan tangki air, peralatan atau paip
- Kemasukan pencuri secara pecah masuk atau keluar diikuti dengan paksaan.
- Hurikan, siklon, taufan, atau ribut angin.
- Banjir
- Gempa bumi dan ledakan gunung berapi.
- Perlindungan juga boleh dilanjutkan keatas bencana tersebut, tertakluk kepada tambahan pembayaran:
- Tanah mendap atau tanah runtuh/gelincir.
- Rusuhan, mogok atau kerosakan dengan niat jahat
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pemilik harta kediaman/komersial
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.*Tertakluk kepada terma dan syarat