Produk Peribadi

Perancangan Kewangan / Takaful Gadai Janji Tempoh Berkurangan (MRTT)
  • Ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan Pembiayaan Perumahan-i bersama Bank Rakyat.
  • Direka untuk menampung baki Pembiayaan Perumahan-i oleh pengendali takaful sekiranya berlaku kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal (KMK) atas sebarang sebab.
  • Mengelakkan ahli keluarga daripada bebanan kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
  • Melindungi baki Pembiayaan Rumah-i sehingga RM3,000,000.
  • Bayaran sekaligus oleh pengendali takaful untuk baki Pembiayaan Perumahan-i sekiranya berlaku kematian atau KMK pada orang yang dilindungi.
  • Jumlah keseluruhan yang dilindungi akan selaras dengan jadual pembayaran baki berkurangan Pembiayaan Perumahan-i.
  • Bayaran sumbangan boleh dibayar sekaligus oleh pelanggan atau dibiayai oleh Bank Rakyat.
  • Pelanggan mempunyai pilihan untuk mendaftar pelan MRTT daripada pengendali takaful berikut:
    1. Takaful Ikhlas Family Berhad
    2. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
    3. Sun Life Malaysia Takaful Berhad
  • Jika akaun Pembiayaan Perumahan-i yang diselesaikan lebih awal, sijil ini boleh diserahkan untuk nilai tunai.
  • Pengagihan perkongsian lebihan (jika ada) kepada peserta pada akhir tempoh sijil.
  • Pembiayaan Perumahan-i dengan Bank Rakyat sahaja.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  • Jumlah dilindungi dari RM10,000 hingga RM3,000,000, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan.
  • Tempoh perlindungan maksimum adalah 35 tahun.
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat