Produk Peribadi

Perancangan Kewangan / Takaful Amani Plus
  • Diperkenalkan secara eksklusif oleh Bank Rakyat bagi pelanggan untuk menyediakan jaminan kewangan sekiranya berlaku kematian/hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) disebabkan oleh faktor semulajadi dan kerugian akibat kemalangan pada bila-bila masa dan di mana sahaja di dunia
  • Kerugian akibat kemalangan merujuk kepada pampasan sekiranya berlaku kecederaan, HUMK atau kematian yang disebabkan oleh keganasan, kemalangan, musibah luar kawalan dan bencana. Musibah mestilah disebabkan semata-mata oleh kemalangan, tertakluk kepada pengecualian.
  • Kematian/HUMK akibat semulajadi merujuk kepada yang diakibatkan oleh penyakit atau bukan diakibatkan oleh kemalangan tertakluk kepada pengecualian.

Takaful Amani Plus menawarkan manfaat seperti di bawah:

MANFAAT PELAN A (RM) PELAN B (RM) PELAN C (RM)
Kematian/Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat Kemalangan 150,000 100,000 50,000
Kematian/Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat Semulajadi 30,000 20,000 10,000
Penyakit Kritikal (Manfaat Dipercepatkan) 15,000 10,000 5,000
Perbelanjaan Perubatan akibat Kemalangan (had setahun) 3,000 2,000 1,000
Perbelanjaan Pengebumian akibat Kemalangan/Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal 3,000 2,000 1,000
Badal Haji (Kematian akibat Kemalangan/Semulajadi) 1,500 1,500 1,500
Fi Ambulan akibat Kemalangan 600 400 200
Elaun Hospital akibat Kemalangan (kadar sehari, sehingga 30 hari dan tertakluk kepada minima 2 hari) 150 100 50
Sumbangan Tahunan  260 175 90

  • Tiga pelan komprehensif
  • Serendah RM 0.25 sehari
  • Perlindungan di seluruh dunia, 24 jam
  • Langganan mudah di semua cawangan Bank Rakyat
  • Perlindungan akibat kemalangan atau faktor semulajadi
  • Pembaharuan automatik (pemegang akaun Bank Rakyat)
  • Manfaat Takaful sekaligus sehingga RM154,500
  • Bagi orang bukan Islam, manfaat daripada badal haji akan dibayar sebagai manfaat tambahan kepada perbelanjaan pengebumian/perbelanjaan kematian segera
  • Warganegara Malaysia
  • Pelanggan Bank Rakyat di antara umur 7 dan 60 tahun (Umur akan datang)
  • Perlindungan meliputi kakitangan beruniform (polis, tentera, ahli bomba, dll), dan hanya akan berkuatkuasa di luar waktu bertugas
  • Pengunderaitan oleh Takaful Ikhlas Family Berhad & Takaful Ikhlas General Berhad
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat