- Takaful Amani adalah pelan perlindungan yang menyediakan pampasan kewangan ke atas kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) yang disebabkan oleh kemalangan.
- Serendah RM 0.14 sen sehari, pelan Takaful Amani menyediakan perlindungan komprehensif dan boleh dilanggani dengan pilihan sumbangan yang berpatutan.
- Memberikan perlindungan 24 jam sehari, 365 hari setahun di seluruh dunia
Takaful Amani memberi manfaat seperti di bawah:
MANFAAT | PLAN A (RM) | PLAN B (RM) | PLAN C (RM) |
---|---|---|---|
Kematian Akibat Kemalangan | 150,000 | 100,000 | 50,000 |
Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal Akibat Kemalangan | 150,000 | 100,000 | 50,000 |
Badal Haji | 1,500 | 1,500 | 1,500 |
Elaun Hospital (sehingga 30 hari) | 150 | 100 | 50 |
Perbelanjaan Perubatan (setahun) | 3,000 | 2,000 | 1,000 |
Fi Ambulan | 600 | 400 | 200 |
Perbelanjaan Pengebumian | 3,000 | 2,000 | 1,000 |
Sumbangan Tahunan | 159 | 106 | 53 |
- Pelan yang berpatutan dengan proses pendaftaran yang ringkas dan mudah
- Perlindungan berkuat-kuasa serta-merta, 24 jam di seluruh dunia
- Pembaharuan automatik melalui auto debit atau kad kredit (pilihan)
- Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan
- Bayaran secara tunai/pindahan wang
- Sumbangan yang sama untuk lelaki dan perempuan
- Umur pembaharuan sehingga 74 tahun
- Terbuka kepada semua termasuk bukan warganegara Malaysia
- Pelanggan Bank Rakyat di antara umur 15 hari hingga 69 tahun
- Bagi mereka yang berumur antara 65 hingga 74 tahun, kelulusan adalah tertakluk kepada penilaian setiap kes.
- Perlindungan meliputi kakitangan beruniform (polis, tentera, ahli bomba, dll), dan hanya akan berkuatkuasa di luar waktu bertugas
- Ditaja jamin oleh Takaful Ikhlas General Berhad
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.*Tertakluk kepada terma dan syarat