Produk Peribadi

Pembiayaan-i / Pembiayaan Peribadi-i Umrah dan Haji

“Realisasikan impian anda dan keluarga untuk menjadi tetamu Allah SWT”
 


Apakah itu Pembiayaan Peribadi-i bagi umrah dan haji?

Pembiayaan Peribadi-i bagi umrah dan haji merupakan pakej pembiayaan yang ditawarkan kepada pelanggan Bank Rakyat untuk membiayai kos mengerjakan ibadah umrah dan haji.
Jumlah pembiayaan yang dibenarkan untuk membiayai pakej umrah atau haji adalah seperti berikut:

  • Pembiayaan maksimum sehingga jumlah invois DAN
  • Elaun perjalanan sehingga RM500 sehari ATAU
  • Jumlah kelayakan sebenar mengikut mana lebih rendah



Bagaimanakah cara untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i bagi umrah dan haji?

Berikut merupakan tiga langkah mudah yang perlu dilakukan untuk memohon pembiayaan:

  1. Dapatkan invois atau kos mengerjakan umrah atau haji: Dapatkan invois atau kos mengerjakan umrah atau haji daripada syarikat pengelola umrah atau haji yang berdaftar.
  2. Kira kelayakan pembiayaan anda: Anda boleh mendapatkan anggaran kelayakan pembiayaan dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran atau menghubungi Pusat Panggilan di talian 1-300-80-5454.
  3. Permohonan pembiayaan: Setelah semua maklumat diperoleh, anda boleh mengemukakan permohonan menerusi:



Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat