Produk Peribadi

Pembiayaan-i / Pajak Gadai-i
Pajak Gadai-i menawarkan pembiayaan tunai segera dan mudah sehingga RM350,000 dengan kadar keuntungan yang rendah berdasarkan prinsip Syariah.
  • Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq)
  • Rahn
  1. Pelanggan individu.
  2. Warga negara Malaysia / bukan warga negara Malaysia / penduduk tetap.
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  4. Tidak muflis.
  • Bebas dari unsur riba'
  • Tiada yuran proses
  • Kadar keuntungan dikira secara harian
  • Tempoh gadaian yang lama
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful
  • Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas

TERIMA:

  • Semua barangan kemas/emas KECUALI barang gadaian yang berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup
  • Barang kemas berbatu (yang mempunyai batu)
  • Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan
  • Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
    • Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan
    • Mutu emas antara 22 hingga 24 karat
    • Berat tidak melebihi 300 gram
  • Maksimum margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Jumlah pembiayaan sehari/ terkumpul sehingga RM350,000
  • Jumlah pembiayaan sehari untuk emas geronggang adalah sehingga RM100,000

Sehingga 80% daripada nilai barang gadaian (Nilai Marhun) bagi Pelanggan Baharu / Pelanggan Sediaada.

  1. Jumlah Keuntungan

    Jumlah Keuntungan perlu dibayar sebelum/pada Tarikh Matang Keuntungan ”due profit date” setiap enam (6) bulan seperti jadual berikut;

    Jumlah Keuntungan Pertama(6 bulan pertama) Kedua(6 bulan kedua) Ketiga(6 bulan ketiga)
    Tarikh Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan» Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan» Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan»
  2. Jumlah Pembiayaan

    Jumlah Pembiayaan beserta Jumlah Keuntungan ketiga / terakhir (6 bulan ketiga) hendaklah dibayar penuh sebelum/pada Tarikh Matang Pembiayaan;

    Jumlah Pembiayaan Pertama(6 bulan pertama) Kedua(6 bulan kedua) Ketiga(6 bulan ketiga)
    Tarikh NA NA Sebelum/Pada «Tarikh Matang Keuntungan»

  • Kadar Keuntungan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar Keuntungan adalah seperti berikut
Nilai Marhun (RM) Kadar keuntungan setiap RM100 Nilai Marhun Sebulan (RM)
< 500 0.60
≥ 500 – 5,000 0.75
≥ 5,000 – 10,000 0.80
> 10,000 0.85
  • Formula pengiraan jumlah keuntungan CPR (Contractual Profit Rate) bagi Pajak Gadai-i: a = b x c/100 x d
    • CPR = a
    • Nilai marhun = b
    • Kadar Keuntungan = c
    • Tempoh gadaian = d (Nota: Tempoh gadaian adalah berdasarkan bilangan hari)
Kadar yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 Februari 2020. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat