Produk Peribadi

Pembiayaan-i / Kadar Asas Standard (KAS)
KADAR ASAS STANDARD (KAS)
 
1. Apakah itu Kadar Asas Standard (KAS)?
 
  • KAS ialah kadar rujukan yang akan digunakan oleh semua bank mulai 1 Ogos 2022 untuk menentukan kadar keuntungan untuk pembiayaan runcit baharu, pembiayaan semula pembiayaan runcit sedia ada, dan pembaharuan pembiayaan runcit pusingan.
  • KAS hanya dihubungkan kepada Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) yang ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia. Oleh itu, KAS hanya akan berubah apabila berlaku perubahan pada OPR.
 
 
 
2. Apakah yang akan berlaku kepada pembiayaan pelanggan yang berasaskan Kadar Asas (KA) dan Kadar Asas Pembiayaan (KAP) mulai 1 Ogos 2022?
 
  • Bagi pembiayaan berasaskan KA dan KAP yang diambil sebelum 1 Ogos 2022, kadar keuntungannya akan terus berdasarkan pada KA dan KAP sehingga pembiayaan selesai dibayar sepenuhnya.
  • KA dan KAP, sama seperti KAS, akan bergerak selari dengan OPR mulai 1 Ogos 2022.
 
 
3. Apakah rujukan KAS sejak lima tahun kebelakang (Januari 2015 hingga Ogos 2022)?
 



Tarikh Berkuat Kuasa 2015 2016 2018 2019 2020 2022
Jan Jan Jul Nov Jan Feb Mei Jan Mac Mei Jul Mei Jul Ogos
KADAR ASAS STANDARD (KA/SBR) 3.25% 3.25% 3.00% 3.00% 3.25% 3.25% 3.00% 2.75% 2.50% 2.00% 1.75% 2.00% 2.25% 2.25%
KADAR ASAS (KA/BR) 3.87% 3.95% 3.95% 3.85% 3.85% 4.10% 3.85% 3.60% 3.35% 2.85% 2.60% 2.85% 3.10% 3.10%
KADAR ASAS PEMBIAYAAN (KAP/BFR) 6.85% 6.93% 6.93% 6.83% 6.83% 7.08% 6.83% 6.58% 6.33% 5.83% 5.58% 5.83% 6.08% 6.08%
 
Nota: Kadar Asas Standard (KAS) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022 bagi menentukan kadar keuntungan untuk pembiayaan runcit baharu, pembiayaan semula pembiayaan runcit sedia ada, dan pembaharuan pembiayaan runcit pusingan
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat