KELAYAKAN
Revised Loyalty Program (“Program”) Kad Kredit-i Bank Rakyat (“BR”) adalah terbuka kepada semua pemegang kad TERMASUK warga kerja Bank Rakyat yang mana akaun kad hendaklah sah, dalam kedudukan yang baik, tidak ditutup, dibatalkan, digantung atau ditamatkan oleh Bank Rakyat bagi penyertaan program ini.
Program ini bermula pada16 Jun 2022.
CIRI-CIRI
1. Ganjaran Rakyat
- Satu mata ganjaran akan diberikan kepada pemegang Kad Kredit-i untuk setiap RM10 penggunaan. Mata ganjaran tersebut kemudiannya akan ditukarkan kepada tunai pada kadar RM0.10 bagi setiap 10 mata ganjaran.
- Ganjaran Rakyat akan mempunyai tempoh tamat yang baharu. Sila rujuk di perkara TEMPOH TAMAT.
2. Tabung Ganjaran Rakyat/Rebat Rakyat
- Bermula dari 16 Jun 2022, Tabung Ganjaran Rakyat akan dikenali sebagai Rebat Rakyat.
- Mekanisme Rebat Rakyat ialah sama seperti di Tabung Ganjaran Rakyat. Jadual rebat adalah seperti dibawah:
Perkara | Tahun 1 | Tahun 2 | Tahun 3 |
Kemudahan‘auto debit’ | 0.5% | 0.5% | 0.5% |
Rekod pembayaran yang baik | 1.0% | 1.0% | 1.5% |
Lain-lain kemudahan pembiayaan di Bank Rakyat |
0.5% |
1.0% |
1.0% |
Jumlah Rebat (Rebat Rakyat) | 2.0% | 2.5% | 3.0% |
- Bermula 16 Jun 2022, rebat yang diperoleh dari Rebat Rakyat akan ditolak secara terus mengikut baki tertunggak pada tarikh penyata.
- Jumlah rebat akan dipaparkan di dalam penyata bulanan sebagai sebahagian daripada item yang dibilkan kepada pemegang kad.
- Untuk pemegang kad sedia ada, jumlah rebat Tabung Ganjaran Rakyat yangterkumpul hingga 15 Jun 2022 akan ditukarkan kepada Ganjaran Rakyat dengan menggunakan kaedah penukaran Ganjaran sedia ada. Ilustrasi penukaran seperti jadual di bawah:
Senario | Bulan/Tahun |
Tabung Ganjaran Rakyat |
Penukaran ke Mata Ganjaran Rakyat |
Jumlah Ganjaran Rakyat Sedia Ada |
Jumlah Terkumpul Mata Ganjaran Rakyat |
1 |
Sebelum 15 Jun 2022 |
Sehingga 15 Jun 2022 ![]() |
16 Jun 2022 | ||
RM50 | 5,000 mata ganjaran | 10,000 mata ganjaran | 15,000 mata ganjaran | ||
2 |
Sebelum 15 Jun 2022 |
Sehingga 15 Jun 2022![]() |
16 Jun 2022 | ||
RM100 | 10,000 mata ganjaran | 15,000 mata ganjaran | 25,000 mata ganjaran |



- Bermula dari 16 Jun 2022, Ganjaran Rakyat akan mempunyai tempoh tamat selama tiga tahun. Ganjaran Rakyat yang diperoleh pada mana-mana tarikh dalam mana-mana bulan adalah sah sehingga tarikh akhir bulan tahun ketiga tersebut. Berikut ialah jadual bagi ilustrasi yang menggambarkan Ganjaran Rakyat terkumpul dan tarikh luput:
Bulan/Tahun | Ganjaran Rakyat Terkumpul | Tarikh Luput Ganjaran Rakyat |
Sebelum15 Jun 2022 | Sehingga 15 Jun 2022 | 30 Jun 2025 |
Jun 2022 | Dari 16 hingga 30 Jun 2022 | Pada 30 Jun 2025 |
Januari 2023 | Dari 1 hingga 31 Jan 2023 | Pada 31 Jan 2026 |
Mac 2024 | Dari 1 hingga 31 Mac 2024 | Pada 31 Mac 2027 |
- Semua Ganjaran Rakyat mesti ditebus sebelum tarikh luput. Tempoh lanjutan tidak akan diberikan kepada Ganjaran Rakyat yang telah luput.
- Pemegang kad akan dimaklumkan mengenai jumlah Ganjaran Rakyat yang terkumpul di dalam penyata bulanan kad.
- Pemegang kad boleh menyemak jumlah terkumpul Ganjaran Rakyat melalui iRakyat.
PENEBUSAN GANJARAN RAKYAT MELALUI iRAKYAT
- Pemegang kad boleh mendaftar di iRakyat Bank Rakyat dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1 |
Log masuk ke www.irakyat.com.my dan klik "Login” pilih "Personal Banking”. |
Langkah 2 |
Klik "Daftar", pilih "Saya mempunyai Kad Debit-i/Kredit-i Bank Rakyat" untuk meneruskan. |
Langkah 3 |
Daftar sebagai ahli dengan nombor Kad Kredit-i, nombor telefon bimbit dan PIN kad anda. Sekiranya anda mempunyai nombor telefon bimbit yang sudah didaftarkan dengan Bank Rakyat, anda akan menerima Kod Kebenaran Transaksi (TAC) melalui SMS dan masukkan kod TAC dan klik "Seterusnya” |
Langkah 4 |
Buat ID pengguna anda, kata laluan baharu dan alamat e-mel dan buat frasa selamat dan pilih warna dari senarai. Baca dan terima terma dan syarat dan klik "Hantar”. |
Langkah 5 |
Setelah pendaftaran selesai, sistem akan memaparkan frasa selamat dan had transaksi harian dalam talian. Klik "Klik Di Sini" untuk meneruskan ke halaman log masuk. |
Langkah 6 |
Setelah berjaya, teruskan ke "Login" dengan ID pengguna dan kata laluan anda untuk menikmati faedahnya. |
- Pemegang kad boleh mengikuti langkah-langkah di bawah bagi penebusan Ganjaran Rakyat melalui iRakyat:
Langkah 1 |
Di laman utama, pergi ke “Ganjaran Rakyat” dan anda boleh melihat maklumat ganjaran penebusan. |
Langkah 2 |
Untuk menebus, log masuk ke iRakyat dengan ID pengguna dan kata laluan anda yang berdaftar. |
Langkah 3 | Pergi ke maklumat akaun dan klik "Kad”. |
Langkah 4 |
Pilih Ganjaran Rakyat dan pilih kaedah penebusan atau rebat yang anda inginkan (CASA-i/OFA/Rakan kongsi yang dilantik). |
Langkah 5 |
Pilih kaedah penebusan dengan jumlah. |
Langkah 6 |
Setelah selesai, teruskan ke “CheckOut", sahkan butiran penebusan dan mesej akan dipaparkan untuk mengesahkan pesanan penebusan. |