Produk Peribadi

Kad / Kad Muslimah
Kad Muslimah merupakan Kad Kredit-i Bank Rakyat yang terbaru dikeluarkan oleh Bank Rakyat khusus untuk golongan wanita. Kad ini adalah satu-satunya Kad Kredit-i yang pertama khusus untuk golongan wanita yang patuh syariah di Malaysia.
  1. TIADA Yuran Tahunan
  2. Kadar keuntungan serendah 13.5% setahun*
  3. 0% Mark Up Rate untuk transaksi luar negara (TIADA caj tambahan ke atas tukaran mata wang asing bagi transaksi luar negara)
  4. Perlindungan Takaful PERCUMA ke atas baki tertunggak dan khairat kematian – RM1,000
  5. Kemudahan Pelan Ansuran 0% untuk pembelian barangan RM1,000 ke atas
    • TIADA yuran pemprosesan
    • TIADA penalti untuk penyelesaian penuh
  6. Kempen & aktiviti khas untuk pemegang kad
  7. Ganjaran Hari Lahir*
  • Golongan WANITA, Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan tahunan RM24,000 ke atas

Dokumen Yang Diperlukan :
1) Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)/Pasport (untuk Pemohon Utama/Tambahan)
2) Dokumen :

Penjawat Awam:
Salinan slip gaji terkini

Pekerja Sektor Swasta:
a) Salinan slip gaji terkini DAN
b) Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini)

 
Gaji Bulanan dengan Komisen:
a) Salinan slip gaji terkini DAN
b) Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini) ATAU
c) Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 6 bulan)

 
Tiada Gaji, hanya berdasarkan Komisen:
Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 12 bulan)

 
Bekerja Sendiri:
a) Salinan pendaftaran perniagaan DAN
b) Salinan penyata bank 6 bulan yang terkini DAN
c) Salinan borang B yang terkini DAN
d) Salinan resit pembayaran cukai

Ekspatriat:
a) Salinan akaun Simpanan-i Bank Rakyat DAN
b) Salinan surat pengesahan kontrak daripada majikan

Pesara:
a) Salinan penyata pencen (transaksi 12 bulan yang terkini) DAN
b) Salinan penyata bank 3 bulan (memaparkan kredit jumlah pencen ke dalam akaun)

Klik sini untuk borang permohonan @ permohonan secara online : Permohonan Kad Kredit Secara Online

SOALAN-SOALAN LAZIM – KAD MUSLIMAH BANK RAKYAT :

  1. Apa itu Kad Muslimah?

    Kad Muslimah merupakan Kad Kredit-i Bank Rakyat yang terbaru khusus untuk golongan wanita. Kad ini adalah satu-satunya Kad Kredit-i yang pertama khusus untuk golongan wanita yang patuh syariah di Malaysia.

  2. Siapakah yang layak untuk memohon Kad Muslimah ini?
    • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas
    • Pendapatan tahunan RM24,000 ke atas
  3. Berapakah kadar yuran tahunan untuk Kad Muslimah?

    TIADA yuran tahunan dikenakan untuk Kad Muslimah dan adalah PERCUMA untuk seumur hidup.

  4. Berapakah jumlah kad tambahan yang boleh dipohon?

    Pemegang Kad Utama boleh mempunyai sehingga 5 orang Pemegang Kad Tambahan.

  5. Bagaimana saya ingin memohon kad tambahan?

    Pemegang Kad Utama hanya perlu mengisi maklumat di bahagian Permohonan Kad Tambahan di dalam borang permohonan Kad Kredit-i Bank Rakyat. Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan Pemohon Kad Tambahan DAN salinan kad pengenalan Pemegang Kad Utama.

  6. Saya merupakan Pemegang Kad Tambahan, tetapi ingin memohon sebagai Pemegang Kad Utama. Bolehkah saya berbuat demikian?

    BOLEH.Prosedur permohonan adalah sama seperti permohonan baru.

  7. Apakah nombor talian yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan?
    • Talian 03-2693 7600 untuk aktifkan kad dan pertanyaan.
    • Talian Kehilangan Kad di 03-2692 4600 dengan SEGERA untuk melaporkan kehilangan atau kecurian.
  8. Bagaimana saya ingin mengetahui status permohonan saya?

    Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS.

  9. Adakah pelanggan bukan Islam boleh memohon Kad Muslimah ini?

    BOLEH. Walaubagaimanapun, transaksi di kaunter saudagar yang tidak halal akan disekat.

PEMEGANG KAD KREDIT-i BANK RAKYAT SEDIA ADA (PEMEGANG KAD UTAMA / PEMEGANG KAD TAMBAHAN) :

  1. Bolehkah Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat SEDIA ADA memohon untuk mendapatkan Kad Muslimah ini?

    BOLEH. Pemegang Kad hanya PERLU :

    1. Isi Borang Permohonan Untuk Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat Sedia Ada. Klik SINI untuk borang.
    2. Lampirkan salinan kad pengenalan.
    3. Faks borang & salinan kad pengenalan ke : 03-2260 1145

     

  2. Saya adalah Pemegang Kad Utama (LELAKI) dan ingin menawarkan Kad Muslimah kepada Pemegang Kad Tambahan saya (WANITA) yang TELAH mempunyai Kad Kredit-i Bank Rakyat. Bolehkah saya berbuat demikian?

    BOLEH. Pemegang Kad Utama hanya perlu :

    1. Isi Borang Permohonan Untuk Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat Sedia Ada. Klik SINI untuk borang.
    2. Tandakan di ruangan Kad Tambahan di Jenis Permohonan.
    3. Pastikan maklumat lengkap diisi di borang permohonan dan lampirkan salinan kad pengenalan bagi Pemegang Kad Utama DAN Pemegang Kad Tambahan.

     

  3. Saya adalah Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat sedia ada. Adakah saya akan ditawarkan dengan had pembiayaan baru untuk Kad Muslimah yang saya pohon?

    TIDAK. Bagi Pemegang Kad sedia ada, had pembiayaan adalah berdasarkan kepada had pembiayaan sedia ada. Dengan kata lain, ia berkonsep 'sharing limit'.

  4. Adakah saya perlu menutup kad sedia ada untuk memohon Kad Muslimah ini?

    TIDAK PERLU. Pemegang Kad boleh menikmati kelebihan daripada kedua-dua kad yang diperolehi.



Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat