- 5% pulangan tunai bagi semua tempahan penerbangan dan hotel.
- 3X akses percuma setahun ke semua Plaza Premium Lounge di Malaysia.
- Tiada yuran tahunan
- Tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara. (Tiada fi tambahan ke atas pertukaran mata wang bagi transaksi luar negara)
- Percuma perlindungan Takaful Berkelompok Keluarga dan Khairat Kematian. Perlindungan termasuk jaminan pembayaran semula tunggakan kewangan terakru menerusi penggunaan kad kredit-i.
- Tiada elemen kompoun.
- Kadar keuntungan yang rendah di bawah Struktur Kadar Keuntungan Berperingkat Kad Kredit-i.
Peringkat/Tier Kriteria Kadar Keuntungan Tahunan Tier 1: Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 9 bulan berturut-turut Bukan Anggota Saham Bank Rakyat 13.5 % Anggota Saham Bank Rakyat 13.0 % Tier 2: Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 6 bulan atau lebih dalam tempoh 9 bulan Bukan Anggota Saham Bank Rakyat 17 % Anggota Saham Bank Rakyat 15.5 % Tier 3: Tidak memenuhi syarat-syarat Tier 1 dan Tier 2 di atas. Bukan Anggota Saham Bank Rakyat 18 % Anggota Saham Bank Rakyat 17 % - Ganjaran Rakyat- 1 mata akan diberikan kepada pemegang kad bagi setiap perbelanjaan bernilai RM10. Mata ganjaran tersebut kemudian akan ditukarkan kepada tunai dengan kadar RM0.10 bagi 10 mata.
- Pembayaran zakat- – Kad diterima bagi pembayaran zakat.
- Diskaun bagi tempahan mel/ tempahan telefon (MOTO): Privileges and special discounts under the Bank’s MOTO program. Keistimewaan dan diskaun istimewa di bawah program MOTO Bank. Promosi program akan dihantar bersama penyata bulanan Kad Kredit-i dari semasa ke semasa.Nota::
- Transaksi di kedai yang tidak halal akan ditolak.
- Transaksi luar negara dan pembelian dalam talian: Bagi tujuan keselamatan, sila hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di 03-2693 6880 sebelum membuat sebarang transaksi luar negara dan/atau dalam talian.
Note: TKadar Keuntungan Berperingkat tidak diguna pakai kepada staff Bank Rakyat.
- Umur: 21 tahun dan ke atas bagi pemegang kad utama. Umur: 18 tahun dan ke atas bagi pemegang kad tambahan.
- Pendapatan tahunan: RM60,000 dan ke atas/RM5,000 sebulan.
*Had umur maksima bagi pemohon adalah 65 tahun (had usia bagi perlindungan takaful)
- Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)/Pasport (Permohonan kad utama/tambahan) DAN :
Penjawat Awam:
- Salinan slip gaji terkini
Pekerja Sektor Swasta:
- Salinan slip gaji terkini DAN
- Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini)
Gaji Bulanan dengan Komisen:
- Salinan slip gaji terkini DAN
- Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini) ATAU
- Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 6 bulan)
Tiada Gaji, hanya berdasakan Komisen:
- Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 12 bulan)
Bekerja Sendiri
- Salinan pendaftaran perniagaan DAN
- Salinan penyata bank 6 bulan yang terkini DAN
- Salinan borang B yang terkini DAN
- Salinan resit pembayaran cukai
Ekspatriat :
- Salinan akaun Simpanan-i Bank Rakyat DAN
- Salinan surat pengesahan kontrak daripada majikan
Pesara :
- Salinan penyata pencen (transaksi 12 bulan yang terkini) DAN
- Salinan penyata bank 3 bulan (memaparkan kredit jumlah pencen ke dalam akaun)
Klik sini untuk borang permohonan @ permohonan secara online: Permohonan Kad Kredit Secara Online
i) Bagaimana saya akan dimaklumkan mengenai status permohonan saya?
Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS.
ii) Berapa banyak kad tambahan yang boleh saya mohon?
Pemegang kad utama boleh mempunyai sehingga 5 kad tambahan.
iii) Apakah had pembiayaan yang ditawarkan pada pemegang Kad Platinum Explorer Bank Rakyat ?
Had pembiayaan bagi Kad Kredit-i Platinum Explorer Bank Rakyat bermula dari RM3,000 dan ke atas.
iv) Bagaimanakah cara untuk saya memohon kad tambahan?
Pemegang kad utama hanya perlu mengisi maklumat tambahan pada ruangan ‘permohonan kad tambahan’ di dalam borang permohonan Kad Kredit-i Bank Rakyat. Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan pemegang kad utama dan tambahan.
v) Saya merupakan pemegang kad tambahan, bagaimanapun, saya mahu memohon sebagai pemegang kad utama. Bolehkah saya berbuat sedemikian?
BOLEH. Prosedur permohonan adalah sama seperti permohonan baru. vi) Apakah nombor yang perlu saya hubungi bagi sebarang pertanyaan? Bagi sebarang pertanyaan, atau pengaktifan kad, sila hubungi 03-2693 6880 Bagi kehilangan atau kecurian kad, hubungi SERTA MERTA 03-2692 4600
TERMA DAN SYARAT AKSES PERCUMA DI PLAZA PREMIUM LOUNGE MALAYSIA
TERMA DAN SYARAT 5% PULANGAN TUNAI UNTUK PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN DAN TEMPAHAN HOTEL BAGI PEMEGANG KAD KREDIT-i BANK RAKYAT PLATINUM EXPLORER a) 5% Pulangan