Produk Peribadi

Kad / Kad Kredit-i Cikgu Sejati Bank Rakyat
The financing facilities are under the principle of Shariah Murabahah (by adopting Tawarruq practice)

Kelayakan:

  • Kad Utama: 21 tahun dan ke atas
  • Kad Tambahan: 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Tahunan: RM24,000 dan ke atas


Dokumen Sokongan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang) / Passport (Permohonan Kad Utama dan Tambahan) DAN:
  • Salinan penyata gaji terkini
  • Borang Auto Debit
Ciri Utama:
  • Reka bentuk kad istimewa untuk cikgu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
  • 5% pulangan tunai bagi transaksi di stesen minyak, alat tulis, kedai buku, dan hotel
Ciri Tambahan:
 
  • TIADA Yuran Tahunan 
  • Perlindungan Takaful Keluarga PERCUMA dan Khairat Kematian RM1,000. Perlindungan termasuk jaminan pembayaran penuh pembiayaan yang belum dijelaskan melalui penggunaan Kad Kredit-i
  • TIADA caj tambahan untuk transaksi luar negara
  • Pelan Ansuran 0% Bank Rakyat bagi pembelian runcit melebihi RM1,000 ke atas.
  • Layak untuk program Bank Rakyat 8%.GOV.MY seperti jadual di bawah:
Jenis Transaksi Tier Kadar Keuntungan Tahunan Syarat Kelayakan Tempoh Kelayakan
 
 
 
 
Runcit
Tier 1 8% Jumlah baki tertunggak >30% dari had pembiayaan DAN tunggakan TIDAK melebihi 60 hari. TIGA (3) TAHUN daripada penyata PERTAMA dikeluarkan selepas tarikh penyertaan
Tier 2 9% Jumlah baki tertunggak 10% - 30% dari had pembiayaan DAN tunggakan TIDAK melebihi 60 hari.
Tier 3 10% Jumlah baki tertunggak <10% dari had pembiayaan DAN tunggakan TIDAK melebihi 60 hari.
Note: Program Bank Rakyat 8%.GOV.MY berakhir pada Ogos 2024.


  • Kadar keuntungan di bawah Struktur Kadar Keuntungan Berperingkat Kad Kredit-i Bank Rakyat akan terpakai selepas 3 tahun:
Tier Kriteria Kadar Keuntungan Tahunan
Tier 1: Bayaran minimum diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 9 bulan berturut-turut Bukan Anggota Bank Rakyat 13.5%
Anggota Bank Rakyat 13.0%
Tier 2: Bayaran minimum diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 6 bulan atau lebih dalam tempoh 9 bulan Bukan Anggota Bank Rakyat 17%
Anggota Bank Rakyat 15.5%
Tier 3: Tidak memenuhi syarat-syarat Tier 1 dan Tier 2 di atas. Bukan Anggota Bank Rakyat 18%
Anggota Bank Rakyat 17%
  • Ganjaran Rakyat

a) 1 mata ganjaran akan diberikan kepada pemegang Kad Kredit-i untuk setiap RM10 penggunaan. Mata ganjaran tersebut kemudiannya akan ditukarkan kepada tunai pada kadar RM0.10 bagi setiap 10 mata ganjaran.

b) Tempoh sah Ganjaran Rakyat adalah selama 3 tahun. Ganjaran yang diperoleh pelanggan pada mana mana tarikh pada sebarang bulan adalah sah sehingga penghujung bulan yang sama untuk 3 tahun berikutnya.

  • Rebat Rakyat

a) Jadual Rebat Rakyat adalah seperti di bawah:

Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Kemudahan ‘auto debit 0.5% 0.5% 0.5%
Rekod pembayaran yang baik 1.0% 1.0% 1.5%
Lain-lain kemudahan pembiayaan di Bank Rakyat 0.5% 1.0% 1.0%
Jumlah Rebat (Rebat Rakyat) 2.0% 2.5% 3.0%
 Rebat yang diperoleh dari Rebat Rakyat akan ditolak secara terus mengikut baki tertunggak pada tarikh penyata.
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat