Produk Peribadi

Kad / Kad Emas
  • Yuran Tahunan : PERCUMA seumur hidup TANPA syarat.
  • TIADA elemen berganda
  • Perlindungan Takaful Keluarga PERCUMA & Khairat kematian :
    • Perlindungan Takaful Keluarga PERCUMA adalah jaminan pembayaran penuh baki tertunggak Kad Kredit-i Bank Rakyat sekiranya pemegang kad meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. Pembayaran penuh ini akan dibuat oleh pihak Bank melalui perlindungan Takaful tersebut. Bagi pemegang kad yang meninggal dunia, pewaris akan diberikan khairat kematian sebanyak RM1,000.
  • Kadar keuntungan RENDAH di bawah Struktur Kadar Keuntungan Berperingkat Kad Kredit-i
PERINGKAT KRITERIA KADAR KEUNTUNGAN SETAHUN
Tier 1  Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 9 bulan berturut-turut. Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat 13.5%
Ahli Anggota Saham Bank Rakyat 13%
Tier 2  Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 6 bulan atau lebih dalam tempoh 9 bulan. Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat 17%
Ahli Anggota Saham Bank Rakyat 15.5%
Tier 3  Tidak memenuhi syarat-syarat Tier 1 dan Tier 2 di atas. Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat 18%
Ahli Anggota Saham Bank Rakyat 17%
  • Rakyat Rewards : Setiap RM10 penggunaan = 1 mata ganjaran.
    • Mata ganjaran boleh ditukar kepada tunai dengan nilai : 10 mata ganjaran = RM0.10
  • Tabung Rakyat Rewards :
PERKARA TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3
Rebat Keuntungan (Tabung Rakyat Rewards). Jadual rebat adalah seperti di bawah: 0.5% 0.5% 0.5%
Rekod pembayaran yang baik 1.0% 1.0% 1.5%
Lain-lain kemudahan pembiayaan di Bank Rakyat 0.5% 1.0% 1.0%
JUMLAH REBET (TABUNG RAKYAT REWARDS) 2.0% 2.5% 3.0%
  • Pembayaran Zakat – Kad diterima untuk pembayaran zakat
  • Tempahan Mel/Tempahan Telefon
    Kemudahan dan diskaun istimewa di bawah program 'MOTO' Bank. Tawaran bagi program ini akan dihantar bersama penyata bulanan Kad Kredit-i dari semasa ke semasa

Nota:

  • Transaksi di kaunter pedagang-pedagang yang menawarkan barangan TIDAK HALAL akan disekat
  • Transaksi Luar Negara Dan Pembelian Online : Untuk tujuan keselamatan, sila maklumkan kepada Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-26936880 terlebih dahulu sebelum menggunakan kad untuk sebarang urusniaga di luar negara dan/atau belian secara online melalui internet
  1.  Umur : 21 tahun ke atas (Kad Utama)
     Umur : 18 tahun ke atas (Kad tambahan)
     *Umur adalah mengikut tarikh lahir
     *Had maksima umur untuk membuat permohonan adalah 65 tahun (had umur bagi perlindungan takaful)
  2. Pendapatan tahunan : RM36,000 ke atas..

Dokumen Yang Diperlukan :
1) Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)/Pasport (untuk Pemohon Utama/Tambahan)
2) Dokumen :

Penjawat Awam:
Salinan slip gaji terkini

Pekerja Sektor Swasta:
a) Salinan slip gaji terkini DAN
b) Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini)

 
Gaji Bulanan dengan Komisen:
a) Salinan slip gaji terkini DAN
b) Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini) ATAU
c) Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 6 bulan)

 
Tiada Gaji, hanya berdasarkan Komisen:
Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 12 bulan)

 
Bekerja Sendiri:
a) Salinan pendaftaran perniagaan DAN
b) Salinan penyata bank 6 bulan yang terkini DAN
c) Salinan borang B yang terkini DAN
d) Salinan resit pembayaran cukai

Ekspatriat:
a) Salinan akaun Simpanan-i Bank Rakyat DAN
b) Salinan surat pengesahan kontrak daripada majikan

Pesara:
a) Salinan penyata pencen (transaksi 12 bulan yang terkini) DAN
b) Salinan penyata bank 3 bulan (memaparkan kredit jumlah pencen ke dalam akaun)

Klik sini untuk borang permohonan @ permohonan secara online : Permohonan Kad Kredit Secara Online

1) Bagaimana saya ingin mengetahui status permohonan saya?

Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS.

2) Berapa lamakah proses permohonan?

Proses permohonan memakan masa 7 – 14 hari bekerja dari tarikh borang permohonan yang lengkap diterima.

3) Berapakah jumlah kad tambahan yang boleh dipohon?

Pemegang kad utama boleh mempunyai sehingga 5 orang pemegang kad tambahan.

4) Berapakah had pembiayaan yang diberikan kepada pemegang kad Emas?

Had pembiayaan bagi kad Emas bermula dari RM8,000 ke RM19,000.

5) Bagaimana saya ingin memohon kad tambahan?

Pemegang kad utama hanya perlu mengisi maklumat di bahagian Permohonan Kad Tambahan di dalam borang permohonan Kad Kredit-i Bank Rakyat. Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan kad tambahan DAN salinan kad pengenalan pemegang kad utama.

6) Saya merupakan pemegang kad tambahan, tetapi ingin memohon sebagai pemegang kad utama. Bolehkah saya berbuat demikian?

Boleh. Prosedur permohonan adalah sama seperti permohonan baru.

7) Apakah nombor talian yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan?

  • Talian  03-2693 6880 untuk aktifkan kad dan pertanyaan.
  • Talian Kehilangan Kad di 03-2692 4600 dengan SEGERA untuk melaporkan kehilangan atau kecurian


Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat