Produk Peribadi

Kad / Auto Balance Conversion
Bayar baki Kad Kredit-i anda pada kadar lebih rendah
  • Kadar keuntungan yang lebih rendah @ 13% berbanding 15% - 18% setahun.
  • Penukaran percuma tanpa keraguan - baki penyata yang belum dijelaskan akan ditukarkan apabila memenuhi kriteria kelayakan (penilaian tahunan).
  • Tiada yuran pemprosesan pada penukaran. 
  • Tiada bayaran penamatan - kelonggaran untuk menyelesaikan pelan ansuran anda dengan lebih awal tanpa sebarang bayaran tambahan.
  • Fleksibiliti untuk menarik keluar dari setiap tawaran penukaran.
  • Warganegara Malaysia.
  • Jumlah pendapatan tahunan TIDAK MELEBIHI RM60,000 setahun atau RM5,000 sebulan (berdasarkan jumlah pendapatan tahunan terakhir yang terdapat di dalam rekod Bank Rakyat).
  • Tidak membuat pembayaran penuh secara konsisten bagi baki tertunggak dalam tempoh 12 bulan sebelum; dan
  • Purata bayaran bulanan adalah 10% atau kurang daripada jumlah baki tertunggak dalam tempoh 12 bulan sebelum.
  • Jumlah baki tertunggak semasa (transaksi runcit dan pengeluaran tunai) minimum adalah RM1,000.
  • Akaun Kad Kredit-i MESTILAH berstatus AKTIF dan TIDAK TERTUNGGAK ketika program ABC ditawarkan.
  • Warga kerja Bank Rakyat TIDAK layak untuk menyertai program ABC ini.
  • Pelanggan yang layak akan diberi notis terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam program.
  • Baki kad kredit yang belum dijelaskan akan ditukar kepada 36 ansuran bulanan
  • Baki akan ditukar pada 13% setahun (kadar keuntungan efektif)
  • Amaun minimum penukaran ialah RM1,000
  • Pemegang kad yang layak akan dimaklumkan melalui SMS.
  • Pemegang kad dibenarkan untuk keluar dari program ABC ini dengan menghubungi Pusat Kad Bank Rakyat di 03-2693 6880 dalam tempoh 30 hari dari tarikh SMS diterima. Jika tidak, Pemegang Kad dianggap sebagai BERSETUJU untuk didaftarkan di bawah program ABC ini.
  • Selepas tempoh 30 hari, jumlah baki tertunggak dan jumlah keuntungan sebanyak 13% setahun akan ditukarkan secara automatik kepada ansuran bulanan selama 36 bulan.
  • Walau bagaimanapun, untuk penukaran kali pertama, Pemegang Kad akan diberi tempoh selama 30 hari untuk menarik diri daripada program ABC tanpa perlu dikenakan sebarang caj.
  • Pembayaran ansuran bulanan adalah tetap dan akan nyatakan di dalam penyata Kad Kredit-i bulanan pada bulan berikutnya selepas penukaran baki bermula.
  • Setelah pendaftaran, baki penyata yang tertunggak akan ditukar kepada ansuran bulanan selama 36 bulan.
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat