Bank Rakyat menjadi organisasi tempatan pertama diakreditasi di bawah Program Seiring untuk SDG UNCT Malaysia bagi agenda “Matlamat Pembangunan Lestari” atau juga dikenali sebagai “Sustainable Development Goals” (SDG).
Pengiktirafan tersebut diumumkan semasa majlis pelancaran jalinan kerjasama dengan United Nations Country Team (UNCT) Malaysia yang berlangsung pada hari ini sebagai usaha menangani masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan pelajar menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Nuri Nutrisi
Program Seiring Untuk SDG UNCT Malaysia diperkenalkan berdasarkan prinsip ‘penyumberan ramai' dan respons terhadap bekalan sumber yang berkesan serta bersesuaian dengan penyumbang kewangan dan bukan kewangan untuk membangunkan inisiatif dalam menangani jurang berkaitan SDG demi memastikan ‘Tiada Yang Terpinggir’, Kesamarataan Jantina dan Pemerkasaan Wanita serta Kelestarian Alam Sekitar.
Location: Menara Kembar Bank Rakyat
Date: 30 May 2019 - 30 May 2019