Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM89.18 bilion berakhir Disember 2014.Sehingga kini, kami mempunyai 148 cawangan dengan lebih daripada 800 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 91 Ar-Rahnu X'Change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454 dan perbankan internet i-Rakyat di www.irakyat.com.my

BINA KERJAYA ANDA BERSAMA BANK RAKYAT​

Bank Rakyat secara berterusan menuju untuk menjadi salah satu koperasi Bank Syariah Malaysia yang bertaraf dunia. Kami mempelawa  graduan-graduan yang berbakat dan bersemangat individu untuk menjadi sebahagian daripada kami.

EKSEKUTIF SEMENTARA

Syarat-Syarat

  • Mempunyai kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perbankan / Pengurusan Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/MQA. 
  • Memperolehi Himpunan Purata Nilai Markah (HPNM) sekurang-kurangnya 2.50  
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua golongan.

KERANI SEMENTARA​

Syarat-Syarat:

  • Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Perbankan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/MQA dengan minimum HPNM 2.5. 
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya:
  • Bahasa Melayu           : Kredit
  • Matematik                  : Kredit
  • Bahasa Inggeris          : Lulus
  • Tiada pengalaman kerja diperlukan.
  • Perkhidmatan Secara Sambilan.
  • Tempoh Perkhidmatan selama 3 bulan.
  • Kekosongan di Ibu Pejabat dan Cawangan-Cawangan di seluruh Malaysia​

Bagi mereka yang berminat dengan jawatan tersebut. Sila memohon di​

https://myaccess.bankrakyat.com.my/career/​

Hanya mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga.​

Media sosial:      
Hakcipta 2016 Bank Rakyat. Pelayar yang disyorkan: Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+