Services

PEMULIH Financing Payment Assistance / PEMULIH Financing Payment Assistance

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

Selaras dengan pengumuman berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 berhubung penawaran moratorium bagi membantu pelanggan menguruskan aliran tunai dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan B40, M40, T20 dan Mikro-I dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

Kriteria kelayakan

Semua pelanggan individu merangkumi golongan B40, M40, T20 dan Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

Pakej Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH yang ditawarkan

  1. Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium).
  2. Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Soalan Lazim

Cara Memohon

  1. Kategori B40, M40, T20 & Mikro-i
    - Klik pada pautan https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
  2. Kategori PKS
    - Hubungi Pusat Panggilan 1300800800 atau
    - Kunjungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SMEC) yang berdekatan
    - Sila isi borang permohonan (Borang Permohonan)

Kita Pulih Bersama

Terima Kasih
 

*Sila guna pelayar Chrome, Firefox, Safari atau Edge Chromium untuk paparan terbaik.