Services

Program Bantuan Bayaran Pembiayaan COVID-19 / Bantuan Bayaran Pembiayaan COVID-19

PROGRAM PENGURUSAN DAN KETAHANAN KEWANGAN URUS

URUS ialah pakej bantuan holistik untuk membantu peminjam/pelanggan yang terjejas kerana masalah aliran tunai yang berpanjangan akibat COVID-19. Ia menawarkan bantuan bayaran ansuran dan sokongan pembangunan ketahanan kewangan, merangkumi pelan kewangan peribadi, program pendidikan kewangan serta peluang untuk menambah pendapatan dan mendapatkan sokongan lain melalui rujukan kepada Jaringan Sinergi Sosial.


Kriteria kelayakan:

Pelanggan/peminjam B50 yang memenuhi semua kriteria berikut semasa tarikh permohonan:

  • Mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,880¹;
  • Kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%;
  • Pinjaman/pembiayaan telah pun berada di bawah program bantuan bayaran ansuran sedia ada (seperti Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh bank dan sebagainya) pada 30 September 2021; dan
  • Pinjaman/pembiayaan tanpa tunggakan melebihi 90 hari pada tarikh permohonan URUS.

Nota:  

  1. Pihak bank boleh meminta dokumen yang relevan untuk mengesahkan kelayakan anda.
  2. 1 Berdasarkan data pendapatan isi rumah daripada Laporan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 oleh Jabatan Statistik Malaysia.



Bantuan Bayaran Pembiayaan URUS yang ditawarkan

Pelanggan/peminjan akan menerima pelan kewangan peribadi yang menyatakan jumlah bayaran ansuran bulanan yang dijadualkan sehingga 24 bulan. Ia meliputi: 

  • Pengecualian faedah/kadar keuntungan untuk tempoh 3 bulan dan/atau;
  • Penangguhan bayaran serta pilihan lain termasuk pengurangan ansuran untuk membantu mengurus hutang keseluruhan selaras dengan kemampuan anda; dan         
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat untuk membantu anda mengurus kewangan agar lebih berdaya tahan.
Pelan ini akan mengambil kira semua tanggungan hutang sedia ada dan jumlah pendapatan yang anda mampu peruntukkan untuk membayar hutang setelah mengambil kira perbelanjaan sara hidup.

Soalan Lazim

 
Cara Memohon
1.    Klik pada pautan https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

        

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH


Selaras dengan pengumuman berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 berhubung penawaran moratorium bagi membantu pelanggan menguruskan aliran tunai dalam menghadapi situasi yang mencabar ini, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan B40, M40, T20 dan Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

Kriteria kelayakan

Semua pelanggan individu merangkumi golongan B40, M40, T20 dan Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas.

Pakej Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH yang ditawarkan
PEMULIH

  1. Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium).
  2. Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
Soalan Lazim
 
Cara Memohon

  1. Kategori B40, M40, T20 & Mikro-i
    - Klik pada pautan https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
  2. Kategori PKS
    - Hubungi Pusat Panggilan 1300800800 atau
    - Kunjungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SMEC) yang berdekatan
    - Sila isi borang permohonan (Borang Permohonan)
 
 
Kita Pulih Bersama
Terima Kasih


 

*Sila guna pelayar Chrome, Firefox, Safari atau Edge Chromium untuk paparan terbaik.