Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar
Susulan ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan dan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) pada 6 November 2020, sukacita dimaklumkan bahawa Bank Rakyat akan menawarkan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar tambahan kepada pelanggan individu dan perusahaan mikro kami.
Kriteria kelayakan
- Pelanggan individu yang terdiri dalam golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Pelanggan perusaha mikro yang layak dengan jumlah pembiayaan diluluskan sehingga RM150,000.
Bagi pelanggan individu yang terdiri dalam golongan M40, anda hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri dan menghubungi Bank untuk memohon bantuan.
Pakej Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan:
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
- Mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan sehingga 50% selama 6 bulan
Soalan Lazim
Tempoh dan Cara Memohon
Pelanggan juga boleh membuat permohonan bermula 23 November 2020 sehingga 30 Jun 2021 menerusi saluran komunikasi rasmi kami di:- E-mel : bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
- Pusat Panggilan : 1-300-800-800
- Mengunjungi cawangan yang berdekatan
Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.
Tertakluk kepada terma dan syaratUntuk maklumat lanjut, sila layari www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat di @myBANKRAKYAT (Facebook, Instagram, Twitter, YouTube).