Produk Peribadi

Simpanan / Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah
Akaun khusus yang memudahkan perancangan Ibadah Umrah anda.
  • Konsep Syariah yang digunapakai ialah Qard adalah bersamaan dengan deposit simpanan di bawah jaminan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia sebagai pemegang amanah.

Nota: Qard sama konsep seperti Akaun Simpanan-i sedia ada.

  • Minimum deposit bagi pembukaan akaun ialah RM20
  • Kemudahan Kad Debit (Combo Card) untuk pengeluaran wang di ATM Bank Rakyat atau mana-mana ATM berlogo MEPS / BANKCARD di seluruh negara
  • Kemudahan perbankan internet i-Rakyat
  • Simpanan tanpa buku
  • Perseorangan;
  • Berumur 13 tahun dan ke atas;
  • Beragama Islam.
  • Buka Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah.
  • Lakukan deposit ke Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah.
  • Pastikan jumlah mencukupi untuk melakukan Ibadah Umrah.
  • Langgani pakej Umrah dengan pengendali Umrah yang berpengalaman dan boleh dipercayai.
  • Laksanakan Ibadah Umrah mengikut perancangan.
PERKHIDMATAN TRANSAKSI CAJ
Kad Debit Yuran permohonan RM8.00*
Yuran tahunan kad RM8.00*
Kad gantian Hilang/kecurian RM12.00*
Kad/Cip Rosak Percuma
Penyata Akaun Setiap permohonan RM10.00
Penutupan Akaun Kurang 3 bulan daripada tarikh pembukaan akaun* RM10.00
Akaun Simpanan-i Umrah
Jumlah (RM) Kadar Hibah* (setahun)
0 - 999 0.00 %
1,000 - 99,999 1.00%
100,000 dan ke atas 1.25%
*PENTING / PENAFIAN:

KADAR HIBAH YANG TERTERA DI ATAS MERUPAKAN KADAR HIBAH YANG TELAH DIBAYAR OLEH BANK KEPADA PENDEPOSIT DAN TIDAK AKAN DITAFSIRKAN SEBAGAI KADAR INDIKATIF ATAU PROSPEKTIF.

BANK TIDAK TERTAKLUK UNTUK MEMBERI HIBAH KEPADA PENDEPOSIT DAN PENGISYTIHARAN KADAR HIBAH YANG DIPAPARKAN ADALAH ATAS BUDI BICARA BANK.