Secara umumnya, wasiat adalah dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada wasi/pentadbir untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat dan juga melaksanakan segala perancangan dan pengagihan harta mengikut kehendak pewasiat selepas kematian.
Terdapat 2 jenis wasiat:
- Muslim
Enakmen Wasiat Muslim (Selangor) 1999 ditakrifkan sebagai suatu ikrar atau pengakuan seseorang yang dibuat semasa hidup, ke atas harta atau faedahnya untuk melakukan amal ibadah atau bagi apa-apa tujuan lain yang dibenarkan di bawah undang-undang Islam selepas kematian pewasiat. - Bukan Muslim
Akta Wasiat 1959 mentakrifkan wasiat sebagai suatu kenyataan di mana seseorang menyatakan niat beliau tentang bagaimana harta itu diagihkan selepas kematiannya dan siapa yang akan menerimanya.
Pihak Bank Rakyat dengan kerjasama Amanah Raya Berhad, iaitu sebuah syarikat amanah terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan penulisan Wasiat untuk memastikan harta pewasiat dapat diagihkan kepada individu yang dikehendaki setelah kematian pewasiat agar wasiat tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Penulisan wasiat juga merupakan satu langkah yang penting dalam perancangan harta, di mana seseorang akan menyampaikan hasratnya/keinginannya tentang bagaimana harta mereka dagihkan. Pengagihan harta yang dirancang dengan wasiat akan memastikan harta tersebut dapat diagihkan manfaatnya kepada orang yang disayangi, di mana Amanah Raya akan menjalankan tugas tersebut dengan pantas dan profesional.
Penulisan wasiat memberi manfaat kepada insan tersayang, seperti:
- Menjamin masa depan mereka dengan pembahagian harta yang dihasratkan.
- Pelantikan wasi/pentadbir yang dipercayai akan menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak (bawah umur) selepas kematian pewasiat.
- Mengurangkan bebanan kepada waris yang ditinggalkan.
- Menyatakan hasrat pengagihan harta untuk keluarga tersayang dan juga kebajikan mereka.
Wasiat adalah suatu tindakan mulia dalam menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpulkan semasa hidup. Dalam situasi ketiadaan wasiat, pembahagian harta adalah seperti berikut:
- Muslim
Ketiadaan wasiat menyebabkan pengagihan harta mengikut hukum faraid, iaitu bahagian yang ditentukan berlandaskan Syariah untuk diagihkan kepada waris (Surah An-Nisa' ayat 11, 12 & 176). - Bukan Muslim
Ketiadaan wasiat akan menyebabkan harta diagih berdasarkan Akta Pembahagian 1958.
Akan tetapi, beberapa implikasi yang mungkin akan berlaku adalah seperti berikut:
- Pengagihan aset yang tidak adil
- Kesukaran untuk menyenaraikan hutang si mati
- Merisikokan kesejahteraan dan hak insan tersayang
- Akses – Boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Rakyat di seluruh negara
- Berpatutan – Hanya RM500 sahaja (bagi pemohon Muslim dan bukan Muslim)
Syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:
Pemohon Sabah: Berumur 21 tahun ke atas