Produk Peribadi

Kad / Tip Keselamatan

LINDUNGI KAD ANDA DENGAN MELAKUKAN PERKARA BERIKUT :

  1. Tandatangan Kad Kredit-i (kad-kad) Bank Rakyat anda sebaik sahaja anda menerimanya supaya orang lain tidak boleh menggunakannya.
  2. Awasi kad anda setiap kali membuat pembayaran/ pembelian dan pastikan penjual tersebut memulangkan kad anda berserta resit dan draf jualan sebaik sahaja selesai setiap transaksi.
  3. Gariskan pada bahagian jumlah pembelian atau bulatkan jumlah pembelian yang telah dibuat di atas resit atau draf jualan setiap kali hendak menandatanganinya.
  4. Simpan semua draf jualan setiap transaksi termasuk transaksi di stesen layan diri.
  5. Simpan salinan pendua draf jualan anda. Sahkan jumlah pembelian bulanan dengan penyata bulanan kad anda. Sila laporkan jika terdapat sebarang kesilapan atau percanggahan.
  6. Sekiranya kad anda hilang, dicuri atau rosak, sila hubungi Pusat Kad Bank Rakyat dengan kadar segera. Sila buat laporan bertulis berserta laporan polis bagi kehilangan/ kecurian kad.
  7. Senaraikan semua nombor kad kredit yang anda miliki berserta nombor telefon Pusat Kad Kredit tersebut bagi tujuan kecemasan, kehilangan atau kecurian kad anda. Simpan senarai tersebut di tempat yang selamat.
  8. Sila pastikan anda menerima penyata bulanan kad anda pada setiap bulan. Jika tidak, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami dengan segera.
  9. Sila buat pembayaran kad anda sebelum tarikh akhir pembayaran bagi mengelakkan gangguan pada penggunaan kad anda.
  10. Elakkan daripada mendedahkan kad anda pada suhu panas atau sinaran matahari. Jangan rosakkan jalur magnetik pada kad atau meletakkan dua kad bersentuhan ataupun berdekatan dengan sebarang objek bermagnet (contoh: televisyen,radio dan lain-lain)

PENTING :

  1. Pastikan anda tidak meminjamkan kad kredit-i anda kepada sesiapa walaupun kepada rakan atau ahli keluarga. Kad kredit-i Bank Rakyat tidak boleh dipindah milik.
  2. Pastikan anda tidak mendedahkan nombor akaun anda melalui perbualan telefon kecuali anda telah mengenalpasti syarikat atau individu tersebut.
  3. Pastikan anda menukar nombor pin sebaik sahaja anda menerimanya. Pastikan anda tidak menulis atau menyimpan nombor PIN di dalam dompet anda atau tulis nombor pin di belakang kad. Hafal nombor tersebut dan hapuskan penyata nombor PIN anda.
  4. Pastikan kad kredit-i anda tidak terdedah atau tanpa diawasi. Ingat, nilai kad kredit-i (kad-kad kredit-i) anda adalah sama seperti tunai.
  5. Pastikan kad kredit-i anda sentiasa berada dalam simpanan anda.
  6. Pastikan anda berbelanja dengan berhemah.

'One Time Password '(OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk melindungi pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat dan Kad Debit-i Bank Rakyat ketika melaksanakan transaksi pembelian online. Pastikan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan Bank Rakyat adalah yang terkini. Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-26936880 (24 jam) jika terdapat sebarang pertukaran nombor telefon bimbit.


Soalan-Soalan Lazim

1) Berapa lamakah tempoh sah untuk OTP?

Tempoh sah untuk OTP adalah selama 5 minit dan tempoh masa yang tinggal untuk anda melengkapkan transaksi tersebut akan dipaparkan di skrin OTP.

2) Bolehkah saya menghubungi bank untuk mendapatkan OTP?

Tidak boleh. OTP hanya boleh diperoleh melalui "POP UP" skrin selepas anda memasukkan nombor kad anda di laman sesawang saudagar yang mempunyai ciri keselamatan 3D Secure.

3) Bagaimanakah cara OTP yang akan dihantar kepada saya?

OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui pesanan Unstructured Supplementary Services Data (USSD). Tidak seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), USSD tidak boleh disimpan dan dihantar semula. Ia adalah pesanan sementara ke telefon bimbit anda yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan rangkaian yang akan`POP UP' pada telefon bimbit anda. Sebaik sahaja anda tekan pada mana-mana butang pada telefon bimbit anda, pesanan tersebut akan hilang.

Sekiranya berlaku sebarang masalah komunikasi semasa permohonan OTP melalui pesanan Unstructured Supplementary Services Data (USSD), OTP akan dihantar melalui pesanan khidmat pesanan ringkas (SMS).

4) Berapakah OTP yang diperlukan untuk saya melakukan satu transaksi?

Hanya satu OTP diperlukan untuk melakukan satu transaksi dan sekiranya anda tidak menerima sebarang OTP dalam masa 60 saat, anda boleh mendapatkan OTP yang baru. Anda hanya boleh mendapatkan maksimum 3 OTP yang dihantar semula untuk transaksi yang sama dan hanya OTP yang terkini sahaja yang sah untuk transaksi tersebut.

5) Apakah yang berlaku sekiranya saya masih tidak menerima OTP selepas kali yang ketiga permintaan hantar semula OTP dilakukan?

Anda perlu memulakan semula dengan memasukkan butir-butir pembelian di laman sesawang saudagar.

6) Bolehkah saya menggunakan OTP yang sama untuk transaksi yang berlainan?

Satu OTP hanya boleh digunakan untuk satu transaksi sahaja.

7) Apakah yang akan berlaku sekiranya saya memasukkan OTP yang salah 3 kali berturut-turut?

Kad anda akan disekat. Sila hubungi Khidmat Pelanggan di talian 0326936880 untuk mengaktifkan semula kad anda.

Untuk sebarang pertanyaan, aduan atau melaporkan kehilangan kad atau kecurian

Anda boleh menghubungi Pusat Kad ini di:

NO. TEL 24 JAM 03-2693 6880
KEHILANGAN / KECURIAN KAD 03-2692 4600